Assalamualaikum...
Dah lama tak buat kek. Bukan tak minat tapi bila teringat waktu basuh peralatan buat cookies yang super duper renyeh dulu, terus batalkan hasrat nak buat kek. Tapi sejak dua menjak bila tengok orang lain kongsi resepi dekat facebook, rasa teruja balik nak buat kek. Tambahan pula, banyak rupanya resepi kek yang mudah dan cepat. Semalam singgah pusat beli-belah, encik Suami ternampak kepala ikan. Katanya harga murah dari harga pasar biasa, terus ambil dua. Dah kahwin-kahwin ni, memang tempat barang basah, sayur-sayuran dan buah-buahan jadi tempat nombor satu. Sampaikan dari nak cuci-cuci mata, terus borong sakan. =P Takpelah, dari encik Suami makan dekat luar baik makan dekat rumah. Isteri yang masak. Kan selalu orang kata, air tangan isteri tiada tandingan walau tak sesedap mana. =P
Pagi tadi baru berkesempatan buat kek coklat. Tak perlu nak guna mesin pemutar. Guna sudu pun dah boleh. Mudah dan cepat. Paling penting senang nak basuh. Itu yang aku paling suka. -..- Barang semua dah cukup, lepas sarapan pagi makan sosej & telur terus nanti boleh makan kek coklat pula. Okey, ni resepi kek coklat yang aku dapat dari facebook. Alhamdulillah menjadi. Cuma adalah yang aku tambahkan dan kurangkan, ikut naluri sendiri.
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sb tepung jagung

3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula
secubit garam
1/4 cawan minyak
1/2 cawan susu cair
hiasan ikut suka
Cara-cara memasak :
Alhamdulillah, licin! =)
- Panaskan suhu oven 160°C.
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko, gula, garam di dalam bekas. Ayakkan kesemua bahan terlebih dahulu.
- Masukkan minyak dan susu cair di dalam bekas yang berasingan.
- Campurkan minyak dan susu cair yang telah bercampur tadi ke dalam bekas yang mengandungi campuran tepung dan serbuk koko.
- Kacau bahan tersebut hingga sekata.
- Sediakan bekas dan letakkan kertas minyak di dalam bekas tersebut.
- Masukkan campuran tadi ke dalam bekas. Hiaskan atas kek sama ada sebelum atau selepas dimasukkan ke dalam oven.
- Bakar pada suhu 160°C selama 25-30 minit.
- Hiaskan kek ikut citarasa sendiri.
No comments:
Post a Comment