Tuesday, 31 March 2015

20 Senarai Website Shopping Online Muslimah.

Assalamualaikum...

Panasnya cuaca sekarang ni. Tak kira pagi petang malam, kalau hujan pun selalunya sekejap. Mula nak rasa sejuk, dah terasa hangat. Nak pasang penghawa dingin dekat rumah, tapi bila fikir-fikir balik bermastautin sementara dekat kuarters. Terus batalkan hajat. Bilalah nak dapat beli rumah yang memenuhi spefikasi yang diidam-idamkan? Nak cari rumah tengah-tengah antara tempat kerja aku dan encek Suami bukan mudah. Kalau ada pun, kebanyakannya mahal dan tak berbaloi untuk dibeli. Apa yang aku berkenan, suami tak berkenan. Dan begitulah sebaliknya. Pernah terdetik nak berhenti kerja, balik kampung dan berangan-angan jadi suri rumahtangga sepenuh masa. Tapi bila fikir-fikir balik dengan gaji sekarang ni, Alhamdulillah rasa sayang sangat nak berhenti. Bagi aku nak beli sesuatu benda tu kita tak boleh ambil mudah tak kisahlah murah atau mahal. Contohnya, dulu masa awal-awal kerja aku pernah terfikir nak beli kereta Vios. Tengok, berangan punyalah tinggi. Padahal gaji awal waktu tu tak termasuk elaun baru RM16++. Bila ramai yang bagi pendapat katanya tak payah berhabis duit untuk beli kereta mahal-mahal, akhirnya aku akur. Dan aku bersyukur aku pilih keputusan yang tepat. Myvi kesayangan aku dah bersama aku selama 6-7 tahun. Alhamdulillah, tak pernah meragam dan semoga selamanya dapat berkhidmat bersama aku sampai bila-bila. Dari situ dah boleh jimat banyak dari segi selenggara dan minyak. Kalau jalan sesak balik dari kerja, lalu MRR2 haruslah kereta kompak senang nak cilok sana sini. Eh, macam nak promote kereta pula. =P

Sebenarnya, aku pun tak tahu nak cerita tentang apa. Banyak cerita tapi sebab dah lama sangat peram sampai tak tahu nak cerita tentang mana satu. Padahal dekat atas cerita pasal rumah, lepas tu kereta. Macam takde kena mengena je. Okeylah cerita tentang beli-belah di kompleks atau secara online. Tapi yelah, disebabkan online ni senang nak diakses terutamanya instagram, jadinya selalu jugak lah beli dekat butik-butik yang aku berkenan. Sebut je nak apa, semuanya ada dekat butik macam Radiusite, Zalora, Fashionvalet, Fiska, Calaqisya, Aidijuma, Modish, Minaz.my, PurdyPetals, TudungPeople, EdzMalaysia , Sincerelybyushawls, Sugarscarf, Blossomboxstore, Alhumairacontemporary, Poplook dan lain-lain. Janji ada duit kan. Rambang mata sampaikan tak tahu nak beli yang mana satu. Paling penting kena tengok material kain yang dibeli dengan harga. Itu kalau orang yang berkira dengan duitlah macam aku kecuali makanan. =) Kalau tak, belasah je semua beli janji hati mau gembira. Ye tak? Sekarang ni dah macam-macam fesyen ada. Kadang-kadang tak terkejar. Tengok model pakai macam cantik, tapi bila pakai sendiri nampak lain. Itulah yang dikatakan, jangan samakan muka dan badan sendiri dengan model. Memang takkan sama. Akhirnya, membazir sampai taknak pakai. Tapi kalau ada yang sanggup beli barang 2nd hand, lebih baik jual balik. Rugi pun tetap dapat duit, dari baju jadi mereput. Macam aku, selalunya baju dah makin mengecil. Bila nak jual, rasa sayang. Takut orang tak pandai jaga barang yang aku dah jual tadi tu. Pelik kan? Aku memang pelik! =P

Bagi memudahkan kau orang untuk beli-belah dekat online, aku senaraikan web site yang aku rasa memukau pandangan mata. Selamat membeli-belah. Gaji pun dah masuk kan? Jadikan ia sebagai terapi dan reward setelah penat lelah bekerja. =P
  1. http://www.calaqisya.com/

  2. http://www.radiusite.com.my/

  3. http://www.rinasalleh.com/

  4. http://www.aidijuma.com/
  5. http://bellaammara.com/
  6. http://tudungpeople.com/

  7. http://www.blossomboxstore.com/
  8. http://poplook.com/
  9. http://sugarscarf.com/
  10. http://www.bokitta.com/

  11. http://www.fashionvalet.com/
  12. http://losravelda.com/

  13. http://www.zalora.com.my/
  14. http://www.nile.com.my/
  15. http://www.zawara.com/
  16. http://minimalace.com/

  17. http://www.rakuten.com.my/
  18. http://www.sincerelybyusofficial.com/

  19. http://muslimahclothing.com/
  20. https://www.zolace.com/
Setakat ni je lah yang aku senaraikan. Banyak lagi sebenarnya yang kita boleh shopping online terutamanya dekat instagram. Berlambak-lambak sampai rambang mata. Paling penting, duit mesti ada. Tak payah nak susah payah pergi butik, duduk depan laptop pilih yang mana berkenan, bayar melalui online banking. Mudah dan cepat. Hanya tunggu posmen sampai depan rumah. Senang kan? Selamat membeli-belah! =P

1 comment:

zouk said...

Nice photography... really match the website... Colors are great and site design is good. Hope the products are also good for customers..
Kedai Tudung