Assalamualaikum...
Entry perapan. Harap maklum.
Itulah yang aku alami semalam. Betul-betul tak sangka dan aku rasa bernasib baik. Alhamdulillah, Allah lindung aku. Cuak betul semalam. Macam ni cerita sebenarnya. Dalam perjalanan dari pejabat nak balik ke rumah, kebetulan lampu isyarat merah dekat LRT Maluri berhadapan AEON, Cheras. Kalau kejadian tu tak berlaku depan mata, maknanya aku akan ulangi tabiat aku setiap hari dan sampai bila-bila tanpa fikirkan risiko yang bakal berlaku pada diri aku sendiri. Main telefon bimbit semasa berhenti di lampu isyarat. Aku pun rasa ramai yang selalu buat. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Tak dinafikan, waktu itulah kita akan tengok laman sosial, terima panggilan dan lain-lain.
Nak dijadikan cerita, mungkin sebagai peringatan untuk diri aku sendiri, kebetulan hari tu aku letak beg tangan betul-betul bawah tempat duduk dan telefon bimbit aku letak bawah barang. Selalunya, aku akan letak dekat tempat yang mudah dicapai. Tengah lihat gelagat orang baru balik kerja dan pembinaan berdekatan AEON, Cheras aku terdengar bunyi kuat, Aku rasa macam bunyi kaca pecah. Aku tengok belakang dengan cermin sisi belah kanan, ternampak ada motor tengah pecahkan cermin kereta hanya menggunakan penumbuk. Masa tu hati dah berderau, Menggeletar rasanya tangan pegang stereng. Selalu dengar kejadian macam ni dekat laman sosial, tak sangka dapat lihat dengan mata kasar. Pembonceng motor tu tumbuk hanya dua kali dan cermin kereta sebelah penumpang terus pecah. Aku tak pasti apa yang sempat diragut oleh pembonceng tersebut. Aku perasan, makcik berbangsa Cina mengelak ke arah suaminya di tempat pemandu. Kebetulan lampu dah menunjukkan lampu hijau tapi disebabkan di depan sekali adalah bas, jadi nak bergerak memakan masa. Mungkin penunggang motor tu dah perasan lampu isyarat dah hijau, mereka pun bergerak perlahan-lahan. Cuma yang menyebabkan hati aku berdebar-debar, bila pembonceng motor tu lihat aku. Aku rasa jarak muka pembonceng tersebut dengan cermin kereta aku adalah beberapa cm. Sebelum mereka lalu di tepi kereta aku, aku memang dah bersedia dengan kunci stereng di tangan untuk sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Ya Allah, terbayang-bayang wajah pembonceng motor waktu itu. Masa bertentang mata, aku sempat lah baca ayat-ayat yang aku ingat sebab takut sangat sampai menggeletar tangan. Penunggang motor terus bergerak laju tanpa menuju ke kereta yang lain. Mungkin sebab kenderaan dah mula bergerak.
Sampai rumah terus bagitahu encik Suami. Encik Suami bagitahu, kalau nampak orang macam tu terus halang atau langgar. Tapi manalah berani nak buat macam tu, tambahan pula aku ni perempuan. Sedangkan pemandu lain yang berjantina lelaki pun buat tak tahu sahaja. Biasalah, Malaysia kan? Cuma aku ada perasan, salah satu kereta kejar motor tersebut. Tapi tak tahulah dapat atau tidak.
Pesan aku, hati-hatilah di jalan raya. Kadang-kadang apa yang kita tak sangka, itulah yang selalu terjadi. Aku pun tak sangka, benda macam tu akan berlaku depan mata aku sendiri. Kalau tak, sampai bila-bila aku takkan beringat dan ambil sesuatu perkara sambil lewa. Betullah kata encik Suami, aku ni bukan jenis yang beringat. Selalunya encik Suami lah yang ingatkan itu ini, jangan buat itu ini. Nak buat macam mana, banyak sangat fikir. Terima kasih, Sayang! :-* Patutlah encik Suami dan Mak Papa tak bagi aku balik kampung atau pergi jalan-jalan dekat mana-mana seorang diri. Walaupun hanya naik scooter dekat kawasan rumah. Akhirnya aku mengerti, dunia ni tak seindah apa yang kita rasakan.
Mungkin penjenayah ada sebab kenapa mereka jadi macam tu. Tapi setiap niat tak akan menghalalkan apa yang kita buat. Kalau dah hukumnya haram, walau apa jua niat baik kita, ia akan tetap jadi haram. Memang kita tak boleh menghukum kenapa mereka jadi begitu dan buat begitu, Kita kena fikirkan juga, perasaan mangsa-mangsa penjenayah tersebut. Harta hilang tak mengapa, tapi kalau nyawa? Peraturan dunia mungkin boleh bebaskan mereka, tapi di Sana nanti biarlah Allah SWT sahaja menjadi penghukum yang sebenar-benarnya. Allah kan Maha Adil.
Kepada pengguna jalan raya, terutamanya kaum wanita elakkan risiko semasa berada di jalan raya. Pastikan segala-galanya selamat. Sorokkan barang-barang berharga dan menjadi target kepada penjenayah-penjenayah di luar sana. Semoga mereka diberi peluang dan hidayah untuk kembali pada jalan yang benar. InsyaAllah...

No comments:
Post a Comment