Saturday, 6 September 2014

Review - Majlis Perkahwinan Ajnija & Idris (Tema Kuning)

Assalamualaikum...

Entry perapan. Harap maklum.

Tadi tunggu encek Suami siapkan assignment. Dah tertidur kepenatan nampaknya. Esok hari minggu. Sementara encek Suami dah lena tidur, mata aku tak boleh nak lelap sebab time rehat tadi dah tidur berjemaah dengan officemates dekat surau. Makanya, selagi ada mood nak update blog lebih baik teruskan.

Akhir bulan Ogos banyak jemputan kenduri kahwin. Bukan sengaja taknak memenuhi jemputan kenduri kahwin kawan-kawan apatah memilih yang mana aku rapat baru aku pergi. Tapi sebenarnya atas faktor waktu kerja encek Suami. Tak boleh sesuka hati tukar roaster atau adjust sana sini. Kalau nak cuti, kena isi borang dalam seminggu dua. Kadang-kadang aku faham situasi kerja encek Suami sebab Mak & Papa dulu kerja polis. Kadang-kadang tu aku buat-buat tak faham. HAHAHA. -.-" Aku tahu ramai yang jemput, tapi apakan daya. Yang mana aku pergi, maknanya encek Suami off lah waktu tu. Sekarang pun aku dah tak berani nak travel jauh-jauh seorang diri. Waktu bujang lain, dah kahwin perasaannya lain pula. Lagipun encek Suami dan Mak risau. Aku ni kalau drive boleh tahan laju. -.-"

Kali ni aku memenuhi undangan majlis perkahwinan Ajnija & Idris. Aku kenal dia melalui facebook dalam 2 tahun lepas kalau tak silap. Alhamdulillah, persahabatan tu still kekal sampai sekarang. Mulanya Ajnija minta aku dan encek Suami jadi pengapit perempuan dan lelaki untuk majlis perkahwinan dia dua minggu lepas. Disebabkan encek Suami tak pasti lagi sama ada dapat balik kampung atau tidak, makanya permintaan Ajnija tak dapat dipenuhi. Sorry Sayang! But the good news is encek Suami dapat cuti selama 3 hari sebab buat demonstrasi dekat SMKTTDI. Memang seronok dapat balik kampung walaupun lari-lari kejap rumah keluarga sendiri dan mentua.

Dipendekkan cerita, aku dan encek Suami sampai waktu tengah hari dan setengah jam selepas itu pengantin lelaki pun sampai. Tak sempat nak ambil banyak gambar dengan pengantin sebab petang tu dah janji nak berbarbeque dengan keluarga mentua. Sekali-sekala berkumpul memang itulah rutin kami sekeluarga. Akhirnya strangers yang aku tak kenal langsung dulu tapi sekarang dah jadi best girlfriend dah selamat menjadi isteri orang. Walaupun jarang keep in touch, apa ada hal sebab facebook dan instagram kan ada. Tak dapat sembang, dapat tengok gambar pun jadilah. Ye tak?

Betul lah kata pepatah,
Okeylah, biarkan gambar berbicara. Tapi gambar tak banyak. Kena nantikan gambar dari official photographer
Apapun, tahniah Ajnija dan Idris! Akhirnya, kau orang berdua dah selamat menjadi suami dan isteri. Aku doakan semoga kau jadi anak, isteri dan ibu yang solehah buat keluarga, suami dan anak-anak kau nanti. Semoga hubungan kau orang akan sentiasa bahagia dunia akhirat dan dirahmati Allah SWT. Ada masa nanti, boleh lah lepak sama-sama lagi. XOXO :")

No comments: