Assalamualaikum...
Malaysia sekali lagi diuji dan dikejutkan dengan berita mengenai kejadian yang menimpa ke atas kapal terbang kebangsaan negara, MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine-Russia. Misteri kehilangan kapal terbang MH370 belum pun diketahui dan ditemui, kapal terbang yang telah berkhidmat selama 17 tahun pula ditemui dan disyaki telah ditembak dengan peluru berpandu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Mulanya aku pun tak tahu. Balik dari kerja terus bersiap nak pergi berbuka puasa dekat Kampung Baru dengan keluarga mentua, keluarga abang ipar & Mak Papa seterusnya menuju ke Jalan Tar dan Downtown Cheras shopping Raya. Dalam pukul 2 pagi dekat Downtown tengah makan charkoteow dengan kelurga abang ipar, sambil scroll news feed dekat facebook, ternampak Ajnija update status tentang MH17. Hati dah rasa semacam. "Takkan pisang berbuah dua kali kot?" Rupa-rupanya sahih lah bila Malaysia Airlines mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa MH17 telah gagal dijejaki oleh radar.
MH 17 & MH370 masing-masing membawa penumpang hampir 300 orang termasuk anak-anak kapal dan juga haiwan seperti anjing dan burung. Ya Allah, this is heartbreaking news for us. Buat rakyat Malaysia terutamanya, sudah-sudahlah menjadi keyboard warrior. Setakat hebat di dunia maya, anda sebenarnya tak membantu langsung dalam menyelesaikan masalah tapi menyulitkan lagi situasi yang sedia terjadi. Please have some respect to passenger's family members. Tak payah nak menyebarkan benda yang tak sahih dan tanpa bukti yang kukuh. Sebaliknya, doakan yang baik-baik untuk mereka dalam menghadapi ujian dari Tuhan. Al-Fatihah. انا لله وانا اليه راجعون
No comments:
Post a Comment