Monday, 14 April 2014

Sahabat Yang Jujur. :")

Assalamualaikum...

Tengah scroll news feed dekat facebook, terbaca satu artikel tentang kejujuran seorang sahabat. Deep!
Bukanlah senang nak mencari orang yang jujur pada zaman ini.
Kawan dari sekolah menengah pun boleh khianat dan tipu kita. Orang yang kita dah bantu macam-macam pun boleh bohong dan tinggalkan kita. 
Maka bila ada yang jujur dan bersama dengan kita, hargailah. 
"Macam mana kalau yang asalnya jujur tu bohong dan khianat juga pada kita nanti?" 
Kita hanya mampu berdoa agar Allah menyelamatkan dia dan kita dari bersikap bohong dan khianat. Memang sukar nak percaya sesiapa selepas dikhianati, lebih-lebih lagi bila dikhianati oleh orang yang rapat dengan kita. Namun yakinlah dengan Allah dan percayalah dengan Dia, kalau ada sahabat yang mengkhianati, sudah pasti Dia takkan sesekali berlepas diri. 
Kalau bukan di dunia kita mendapat keadilan, di akhirat nanti sudah pasti. 
Maka teruskan kehidupan, teruslah memberi peluang kepada diri untuk mempercayai orang lain. 
Allah akan berikan kita sahabat yang boleh kita percayai sepenuh hati insyaAllah.
Alhamdulillah, now my friends yang ada dalam facebook & instagram insyaAllah will be my friends till jannah. :")