Assalamualaikum...
sumber : www.google.com |
Seorang
wanita itu...
Tanpa mereka... Hati, fikiran dan
perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lagi yang tiada di syurga, namun Nabi Adam tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil
ibu, isteri atau puteri. Dijadikan wanita itu dari tulang rusuk yang bengkok
untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi jika lelaki sendiri yang tidak lurus, tak
mungkin mampu meluruskan mereka. Tidak logik sekiranya kayu yang bengkok
menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskan wanita dengan cara yang
ditunjuk oleh Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah
mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti
mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka
semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka dengan zat Allah yang kekal, di situlah suisnya.
Akal setipis rambut, tebalkan ia
dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman. Perasaan selembut
sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka
akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati
mereka walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana
menteri atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan
bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah
kasih sayang Tuhan, kerana pada rahim wanita yang lembut itulah yang
mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan dan “wan-wan” yang lain.
Tidak akan lahir
‘superman’ tanpa
‘superwoman’.
Wanita yang lupa hakikat
kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan
akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula yang
mampu membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan
oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh
perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya
apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri,
apa lagi mengenal lelaki. Kini bukan sahaja ramai boss telah kehilangan
’secretary’ malah anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan
bapa akan kehilangan puterinya.
Apabila wanita derhaka, dunia lelaki
akan huru-hara. Apabila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan
limpa. Para lelaki pula usah hanya mengharap ketaatan tetapi binalah
kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri
dahulu kepadaNya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya
akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita. Janganlah mangharapkan
isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayyidina
Ali. Buat wanita usah mandambakan insan seperi Muhammad kerana baginda hanyalah
untuk wanita seperti Siti Khadijah. Sama-samalah kita memperbaiki diri
kita.
sumber : Dunia Macam-Macam.