Assalamualaikum...
Antara hujung minggu yang sangat ohsem! Alhamdulillah...
Kebetulan encek Suami off masa Hari Malaysia dan kakitangan kerajaan sudah semestinya cuti umum. Cadangnya sama ada nak pergi Genting Highland, Cameron Highland atau sewaktu dengannya. Fikir punya fikir, destinasi pilihan tentulah yang berkaitan dengan air. Dan Pulau Pangkor adalah destinasi pilihan kami suami isteri bercuti. Disebabkan last minute punya decision, booking chalet sehari sebelum nak pergi bercuti. Nasib baik ada yang kosong. Kalau tak, harapan hanya tinggal kenangan je lah. Sebenarnya nak bawa Mak & Papa bercuti sekali tapi Abang sulung pulak balik kampung. Nak ajak ramai-ramai takut tak muat chalet. Al-maklumlah, anak Abang sulung pun dah 5 orang. Nak booking chalet, kebanyakannya dah full sebab cuti umum kan. Takpelah, maybe next time okey?
Pagi esoknya boleh terasa berbelah bahagi samada nak pergi atau tak. Dalam pukul 9 pagi baru bertolak dari Sabak Bernam. Sampai dekat Jeti Lumut dalam pukul 11.30 pagi. Pusing punya pusing sampai 3 kali sekitar Jeti Lumut cari parking kereta. Banyak yang dah full. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga parking dekat kawasan sekolah. Keluar je dari kereta, perasaan teruja tak boleh nak digambarkan macam mana. Punyalah seronok! Berjalan dari tempat parking kereta ke Jeti Lumut sambil usha-usha kedai. Kononnya nak beli makanan buat alas perut. Tapi tak jadi, sebab nak makan dekat Pulau Pangkor sekenyang-kenyangnya.
Beli tiket feri dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor. Tiba-tiba encek Suami bagitahu charger handphone tertinggal dalam kereta. Bila dah jadi macam tu, terpaksalah ambil kan takut kalau-kalau ada panggilan dari tempat kerja. Aku stay dekat tempat menunggu feri. Bila encek Suami sampai, dia bagitahu ada budak-budak lelaki dekat kedai makan cakap encek Suami Aaron Aziz? Krikkk krikkk krikkk :") Tergelak aku dibuatnya. Perasan sungguh! Biasalah bila first time pergi suatu tempat, mestilah rasa awkward ke mana hala tuju nak diredah. Nak taknak kena tanya orang yang jaga tiket. Hampir-hampirlah nak naik feri ke tempat lain. Nasib baik ada Chinese man tepuk bahu encek Suami. -..-
Bila feri dah sampai, tak ada lah berasak-asak sebab seat memang banyak yang kosong. Tapi aku dengan encek Suami tak nak duduk tapi nak lepak dekat perkarangan feri. Nak tengok pemandangan laut. Barulah bercuti namanya. Kalau setakat duduk seat yang ada aircond, baik duduk dekat office atau rumah. Surnburn sekali sekala apa salahnya. Bagi salin kulit sikit. Baru rare! Perjalanan dalam 15 minit. Memang kesempatan yang ada, memang tangkap gambar sampai puas. encek Suami yang tak suka tangkap gambar, jadi excited nak bergambar banyak-banyak. Kenangan katanya. :")
Sampai dekat Jeti Pulau Pangkor, terus cari teksi. Teksi dekat sana bukan kereta tapi van. Warna merah jambu gitu. Kalau pergi berdua, memang susah sikit lah teksi nak ambil sebab kebanyakannya teksi ambil dalam 6-8 orang. Alhamdulillah, rezeki dapat naik sekali dengan family yang ada 5 orang. Ingatkan Jeti Pulau Pangkor dekat dengan chalet yang kami booking. Jauh jugak rupanya. Tapi pemandangan, Subhanallah cantik sangat! Bila pakcik van tanya kami stay dekat chalet mana, terus bagitahu dan pakcik turunkan betul-betul depan chalet. Terus check in dan rehat sampai tertidur encek Suami. Lepas solat, terus kejut encek Suami sebab perut dah lapar. Serius, makanan dekat sana ohsemmm! Walaupun takde lah sesedap mana, tapi bila makan tepi pulau memang makan apa-apa pun jadi sedap.
Selesai makan, jalan-jalan sambil tengok souvenir dekat gerai tepi pulau. Dalam hati dah nampak tempat snorkelling, jet ski, melawat pulau, dan macam-macam lagi. Teruja usah cakap lah. Bila dengar je harga terus fikir banyak kali. Bukan apa, sekejap sangat. Kalau lama, berbaloi lah jugak. Dari tak buat apa-apa, aku dengan encek Suami akhirnya pilih naik jetski. Konon berani sangat. Tengok muka masing-masing dah pucat bila dengar orang tu cakap takde insurans. Siapa yang tak kecut perut ho hoi! Bukan takut apa, takut kalau dah kat tengah pulau, tiba-tiba terjatuh siapa yang nak selamatkan? Dahlah masing-masing tak reti berenang. -..- Dapatlah naik jetski dalam 25minit. encek Suami siap usha-usha dekat tepi pantai bilalah orang tu nak lambai tangan. Setiap saat terasa lambat sangat. HAHA.
Dah cukup 25 minit, pulangkan jetski balik. Boleh pulak mintak tolong orang tu tangkapkan gambar. :") Cari makanan sebab lapar lagi. Petang dalam pukul 6 barulah mandi sampai pukul 7 sambil tunggu sunset dengan encek Suami. Tapi sebelum tu jalan-jalan tepi pantai dengan encek Suami. Susah okey nak tengok encek Suami romantik depan orang ramai. I'm a happy wife! :") Balik chalet dengan baju yang basah lenjun. Orang tengok pelik sebab dah senja baru mandi. Orang lain yang mandi, dah bersiap makan. Takpelah, buat tak tahu je. -..- Lepas solat, baru teruskan aktiviti makan makanan berat. Jalan-jalan tepi pantai sampailah dah tak tahu nak buat apa, beli cekedis bawa balik chalet.
Alaaa esok dah nak balik. Tak syok! Ikutkan hati esoknya bila orang ajak jalan-jalan pulau dengan harga yang sangat murah memang nak. Tapi dah bersiap awal terus sarapan dan jalan-jalan tepi pantai. Beg memang dah packing malam sebab taknak terkocoh-kocoh pagi nanti. Dalam pukul 10 pagi terus gerak balik ke Jeti Lumut. Alhamdulillah, percutian yang sangat ohsemmm! encek Suami pun rasa nak repeat lagi. Tapi nak ke tempat lain pulak. Seronok lah tu dapat naik jetski walaupun hampir-hampir terbalik. HAHA.
Antara hujung minggu yang sangat ohsem! Alhamdulillah...
dari Instagram :") |

No comments:
Post a Comment