Friday 14 June 2013

Perasankah Kita?

Assalamualaikum...

PERASAN TAK?
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke KBMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika berada di kedai-kedai kopi...

PERASAN TAK?
Susah sungguh untuk menyusun kata muhasabah kesalahan diri, tapi betapa mudahnya cari bahan sembang dan mengumpat orang...

PERASAN TAK?
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan, novel best seller, akhbar dan whatsapp mudah sangat dilayani...

PERASAN TAK?
Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar...

PERASAN KAH KITA? 😭😭😭
sumber : www.facebook.com

No comments: