Thursday 7 March 2013

Some Of My Thoughts. #Work

Assalamualaikum...

Awal tahun memang tak menang tangan dibuatnya. Sibuk membantu menjalankan projek-projek baru setiap pegawai atasan. Bila sentiasa ke sana sini untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pegawai atasan, hati rasa puas. 8 jam bekerja, setiap waktu diisi dengan ilmu-ilmu baru yang sebelum ini aku belum teroka. Walaupun kadang-kadang, pernah buat silap atau terlupa itu ini tapi itulah yang mengajar kita untuk lebih tahu selok-belok dunia pekerjaan.

Yes. Aku adalah seorang yang agak pendiam di office. Dengan pegawai atasan, aku agak membataskan diri dengan mereka. Mungkin salah satu faktornya kerna aku kurang bercakap mengenai isu-isu peribadi dengan mereka jika dibandingkan dengan isu-isu kerja. Mungkin juga aku tidak berapa selesa untuk terlalu berhuha huha dengan mereka jika dibandingkan dengan rakan-rakan sekerja yang berusia 20-an seperti aku. Tapi itu tak bermakna walaupun aku kurang berinteraksi dengan pegawai atasan, hubungan aku dengan mereka tidak baik. Masih mesra dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Biasalah adat bekerja. Perkara-perkara sebegini mungkin berlaku tak kisah di mana-mana. Aku sentuh mengenai perkara ini berdasarkan apa yang aku lihat dan dengar melalui rakan-rakan sekerja aku. Kadang-kadang, kita tak nafikan setiap kerja yang kita nak buat at least pegawai atasan akan nampak bukan untuk dipuja-puja atau diberikan penghormatan. Cukuplah pegawai atasan tersebut nampak setiap usaha yang kita lakukan. Bukan hanya mendengar pandangan orang lain dan menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan. Bagi aku ianya tidak adil bagi sesetengah pihak. Untuk apa buat kerja semata-mata untuk mendapat pandangan mulia di mata manusia, sedangkan hati dan niat kita bercanggah dengan apa yang kita lakukan. Kerja adalah suatu ibadah. Biar kita tak dipandang mulia oleh manusia tapi kita dipandang mulia oleh Allah. #remindformyself :")

Hasut-menghasut dan dengki-mendengki itu adalah normal dalam pekerjaan. Bukan semasa bekerja je, berkawan, belajar, apa jua yang berkaitan dalam kehidupan seharian, perkara itu biasa berlaku. Dengki-mendengki dalam mindset yang positif sebenarnya baik untuk meningkatkan lagi kredibiliti kita sebagai seorang pekerja. Tapi jika sebaliknya dalam mindset yang negatif, kadang-kadang jika tak terkawal ianya boleh mempengaruhi persekitaran tempat kita bekerja dan hubungan sesama rakan sekerja. Bagi aku untuk apa dengki-mendengki? Untuk mendapat anugerah semata-mata? Untuk kenaikan pangkat semata-mata? Kalau itulah niat kita untuk bekerja, alangkah ruginya. Tak mustahil suatu hari nanti orang akan pertikaikan sifat dan apa yang miliki pada masa itu. Kita kena tahu, kadang-kadang kita di bawah kadang-kadang kita di atas. Tak selalu kita berada di atas kalau kita bersikap sedemikian.

Hasut-menghasut rakan sekerja dan pegawai atasan untuk menjatuhkan seseorang bagi aku perbuatan yang tak matang. Umur semakin meningkat, untuk apa kita mencerminkan siapa diri kita dengan taktik yang kotor utnuk menjatuhkan rakan sekerja yang lain? Kerja untuk mendapatka ilmu dan rezeki yang halal. Tapi kalau inilah yang kita lakukan terhadap rakan-rakan sekerja demi kepentingan sendiri, bagi aku lambat-laun orang akan tahu perangai sebenar kita. Jangan sampai suatu hari nanti, bila kita dalam kesusahan tiada siapa yang menghulurkan bantuan dan kita menyalahkan mereka di atas sikap kita sendiri. Bekerjalah seikhlas yang mungkin, bukan untuk kepentingan diri semata-mata. Fikirkan tentang kepentingan orang lain juga.

Bagi sesetengah orang, jalan penyelesaian terbaik mungkin adalah bersemuka antara satu sama lain. Tapi, bukan semua orang akan menerima bulat-bulat apa yang kita bakal perkatakan. Mungkin sebab nak jaga hubungan antara rakan sekerja atau pegawai atasan, kita diamkan diri tanpa berbuat apa-apa. Diam tak bererti kalah dan banyak cakap tak bererti menang. Manusia yang berakal adalah manusia yang boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Bukan perli-memerli atau berkata itu dan ini tentang kerja seseorang. Mana ada manusia yang tak pernah buat silap dan sempurna di dunia ini kan? Daripada kita hendak mempertikaikan pekerjaan orang lain, cuba cermin kembali pekerjaan kita sendiri. Cukup sempurnakah dan berkatkan kerja yang kita lakukan selama ini? Dari situ kita akan perbaiki setiap kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri kita. Kelebihan dan kelemahan seseorang tak sama. Pasti ada yang lebih dan ada yang kurang. Allah Maha Adil. :")

Bila tengok suasana persekitaran kerja, kadang-kadang ianya boleh mempengaruhi mood kita untuk bekerja. Tapi jangan biarkan mindset negatif seseorang mempengaruhi cara kita berfikir. Sentiasa berfikiran positif dan matang. Hidup di dunia ini hanya sementara. Be happy and you will be grateful with the blessing from Allah in your life. :")

No comments: