Friday 30 November 2012

Suami & Isteri Akhir Zaman.

Assalamualaikum...

My lovely husband

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,

Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan mengajarkan makna kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,

Isteri menjadi ladang tanaman,
Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya...
Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya...

Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok,
Berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan...

Menyedarkan Kamu perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar lebih sabar dan redha,
Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,

Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah...


Ku tahu,
Kamu bukanlah Rasulullah,

Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,
Cuma suami akhir zaman,

Yang berusaha menjadi soleh...
sumber : www.google.com

No comments: