Thursday 9 August 2012

Isteri Seorang Pejuang.

Assalamualaikum...

Isteriku...
Jelmaanmu merentas bongkah sendu,
Mengorban naluri merungkai pilu,
Mengharungi gurun tanpa bayu.

Isteriku...
Kehadiranmu adalah mustika,
Mengerlip cahaya sakinah,
Laksana bintang membentuk arah burujnya.

Isteriku...
Saban waktu, dirimu abdi di gobokku,
Senyum manismu menenang jiwaku,
Kerlinganmu mengorak senyumku,
Kesetiaanmu menyejuk mataku.

Isteriku...
Ketika kesejukan mataku,
Memandang wajahmu duhai isteriku,
Memori ini mengimbau zaman remajaku,
Dikala kuhamparkan tangan ke awan biru,
Merintih harap isteri yang solehah,
Penyejuk mata dan penyeri rumahtangga.

Isteriku...
Di senjakala, ku menongkat resah,
Dirimu tersangkar dalam kemiskinanku,
Dirimu tak punya manikam permata untuk kukalungkan,
Tiada nota ringgit untuk kuunjukkan,
Tiada lambang kemewahan untukku hamparkan,
Dirimu hanya ku langir debu,
Ku balutkan jubah,
Ku hilangkan dahagamu secangkir cuma,
Ku hambat bosanmu seketika sahaja.
sumber : www.google.com
Isteriku...
Di hening subuh ku merenung sayu,
Dirimu kesepian dalam kesibukkanku,
Hari-hari berlabuh kita berasingan,
Kesedihanmu, sementara diriku di medan,
Kesakitanmu pun tiada aku disisi,
Rumahku, dirimulah penanti setia,
Sementara bagiku, ia hanyalah dangau persinggahan.

Isteriku...
Dirimu masih setia dalam sangkar yang sepi,
Demi nilai cinta dan ketaatanmu.

Isteriku...
Dongaklah wajahmu ke atas,
Hulurlah tanganmu ke hadapan,
Tabahlah duhai isteriku,
Tidakkan ku sia siakan hidupmu,
Kan ku hidangkan ilmu buatmu,
Kan ku bawamu ke alam perjuangan,
Kan ku hantarkan ke perlembahan hidayah.

Isteriku...
Bajailah cinta kita,
Tenggelamkanlah kemelut rasamu.

Isteriku...
Diriku tetap setia disampingmu,
Sungguhpun kita jarang bertemu.

Sayang  Isteriku... 
Sayang Isteriku...
sumber :Ustaz Nasrudin Hassan 

No comments: