Tuesday 12 June 2012

Happy Anniversary AdaNaz87 Yang Pertama. ♥

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... 4 jun 2012 yang lepas, genap setahun aku telah menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang sememangnya aku tak sangka akan menjadi imam yang sah dalam hidupku. 4 tahun aku berkawan dengan encek Suami walaupun tak berapa nak rapat, sesungguhnya Allah Taala Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Setahun setengah menjalin rasa cinta, kami berdua sepakat untuk mengikat tali pertunangan. Itupun beberapa hari sebelum encek Suami dapat panggilan training polis dekat Pulapol Muar. Bayangkanlah ye, 13 Februari bertunang lepas tu 15 Februari pulak encek Suami terus kena pergi training. Itu okey lagi. Harusss lah aku buat muka tak malu nak ikut family-in-law hantar encek Suami pergi training. Mana boleh tak ikut. Siap encek Suami tulis dekat atas kertas kena ikut jalan mana ikut highway mana untuk aku lah kononnya. Bila dah hantar, rupa-rupanya handphone tak boleh nak bawa masuk pulapol. Tapi encek Suami ade sembunyikan handphone spare dalam beg. Bila dapat amaran keras dari jurulatih dekat sana, tak jadi lah nak bawa handphone. Makanya, 3 bulan lah tak boleh nak bersembang dan bermessage dengan encek Suami. Hanya mengharapkan panggilan telephone dari encek Suami melalui public phone. Dan 2 bulan semasa training, encek Suami akhirnya boleh outing sehari. Aku ambil kesempatan tu untuk jumpa encek Suami. Alhamdulillah... encek Suami tamat training dengan jayanya dan diiktiraf sebagai Pelatih Terbaik Pulapol Muar. I'm so proud of you, hubby! :')

Indah. Itu sahaja yang boleh aku katakan. Apa yang kami berdua rasai semasa berkawan, bercinta dan bertunang akhirnya terbayar dengan satu ikatan yang sah dan halal iaitu pernikahan. Alhamdulillah. Tak sangka, imam yang tercipta untuk aku di Loh Madhfuz adalah seorang lelaki yang suatu masa dulu sentiasa ade di hadapan mata aku tanpa aku sedari. Sejauh mana pun perancangan kita sebagai manusia, sesungguhnya perancangan Allah Taala itulah yang terbaik dalam hidup seseorang. Dan aku terima dengan hati ikhlas dan bersyukur menerima encek Suami sebagai suami aku dunia dan akhirat hingga ke syurga hendaknya.

Setahun menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, aku bukanlah seorang wanita yang sempurna. Mana ade manusia yang sempurna. Ye tak? Setiap kekurangan yang ada pada diri aku, encek Suami lah yang tutupinya dengan kelebihan yang ade pada dirinya dan juga sebaliknya. Hidup sebagai suami isteri itu lah yang manis. Saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Pada awalnya, agak kekok memasak, mengemas rumah, duduk sebumbung dan segala-galanya bersama. Sehingga kan suatu saat, aku boleh rasa geram bila aku terasa ade orang nak kongsi selimut dengan aku. Bila tersedar, baru lah aku tahu waktu tu aku telah pun bersuami. Senyum. Manisss kan hidup bersama?

Alhamdulillah... Aku bersyukur sebab dapat sebuah keluarga mertua yang sangat sporting dan baik. Semasa aku demam hampir dua minggu sewaktu awal kahwin, Mak dan Abah lah yang sentiasa risaukan kesihatan aku. Mak lah yang sentiasa urutkan aku. Dan encek Suami lah yang berjaga setiap malam menjaga aku. Sampaikan suatu saat, masa aku rasa sesuatu yang nak masuk ke dalam badan aku, waktu itu lah encek Suami ucapkan kalimat-kalimat Allah pada dahiku sampaikan boleh tertidur. Semakin lama semakin perlahan pulak encek Suami membacanya. Rupa-rupanya encek Suami tertidur. Mungkin letih agaknya. Masa itulah naluri seorang isteri yang kasih pada suaminya meresap dalam hati aku walaupun baru berkahwin.

Setahun telah berlalu. Banyak kenangan yang manisss aku lalui bersama encek Suami. Pahit manis suka duka semuanya kami lalui bersama-sama. Yang buatkan aku terharu, encek Suami selalu kuat untuk aku. Bila aku menitiskan air mata tak kisahlah saat sedih dan gembira, encek Suami lah yang selalu menguatkan semangat aku. Barulah aku tahu, encek Suami sangat pandai memasak, pandai menjahit, pandai bertukang, pandai modified, pandai renovate, pandai pasal elektrik, pasal kereta dan motor. Sememangnya dan seharusnya aku bersyukur dengan apa yang Allah telah hadirkan dalam hidup aku. Itulah encek Suami. Walau encek Suami bukan lah dalam golongan yang hebat, banyak kelebihan yang Allah berikan padanya. Dan encek Suami sangat humble orangnya. Tak macam sesetengah lelaki yang suka bermegah-megah dengan apa yang ade pada diri mereka.

Bahagia. Itulah yang aku rasakan dari dulu sampai sekarang. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Terima kasih, ya Allah! Semoga hubungan kita bukan hanya di dunia sahaja tetapi semoga ianya kekal di syurga kelak. InsyaAllah! Tak nak dengan orang lain!
i love you till jannah Mohd Nazir Md Ali. 
Alamak, terpanjang lah pulak. hewhew. Doakan kebahagian kami dan semoga mendapat zuriat yang soleh/solehah ye kawan-kawan. Amin ya Rabbal alamin. 

4 comments:

E'in said...

semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. :)

insan_marhaen said...

Mudah2an bahagia hingga ke syurga..

tak jumpa cari butang follow...:)

AdaNaz87 said...

@♥e'in♥ amin ya Rabbal alamin. terima kasih untuk doa itu. :")

AdaNaz87 said...

@C'Jai amin ya Rabbal alamin. moga kita semua bahagia. :")