Wednesday 25 April 2012

Suamiku, Sayangi Dan Romantiklah Dengan Isterimu..

Assalamualaikum...
sumber : www.google.com
Suamiku... 
Sayangi dan romantiklah dengan isterimu.

Betul ke orang kata suami kurang romantis berbanding dengan isteri? Apa erti romantik? 
Romantik ialah suatu perasaan yang dapat dibuktikan dengan kata-kata dan perlakuan apabila dia sanggup berusaha mengenalpasti keperluan pasangan dan memenuhi keperluan itu dengan mengorbankan kepentingan diri terutamanya keperluan emosi dan perasaan orang yang disayangi (isteri atau suami).
Mengikut kajian, kebiasaannya suami keturunan Melayu sukar menggambarkan sifat romantik secara terus terang seperti mengungkapkan kata, “aku cinta padamu” kepada isterinya atau perlakuan seperti membuka pintu untuk isteri, membantu menolakkan kerusi apabila isteri hendak duduk lebih dipersepsi sebagai adab sopan masyarakat barat. Oleh itu, apabila suami berbuat demikian, dia dianggap sebagai romantik dan penyayang. Anehnya, perlakuan sedemikian ada dilakukan ketika zaman percintaan, tetapi mulai hilang selepas berkahwin dengan alasan malu dilihat orang, sudah tua dan pelbagai alasan lain sebagai ‘tidak perlu’. Perlakuan romantik amat berguna dalam mengharmonikan sesebuah perkahwinan bukan hanya mengikut musim atau peringkat tertentu sahaja. Ia sepatutnya berterusan sehingga ke hujung nyawa.

Panduan menjadi suami romantis :
  1. Nyatakan cinta kepada isteri dengan perkataan sama ada secara berhadapan atau melalui sms kerana isteri akan merasa dihargai dan dicintai.
  2. Cintai diri sendiri yang kemudiannya akan dapat mencintai orang lain sebaiknya. Orang yang mencintai dirinya akan melakukan perkara yg terbaik untuk dirinya, menjaga dirinya dengan sempurna dan akan mempunyai ketrampilan yang positif, tenang dan bahagia justeru sanggup berkorban apa sahaja untuk isterinya selagi tidak bercanggah dengan syarak.
  3. Memperbanyakkan masa bersama, makan berdua, berbual, bergurau senda, berpegangan tangan dan “jangan pedulikan” apa orang lain nak kata selagi anda tahu ia tidak salah di sisi agama.
  4. Buktikan romantik anda melalui sentuhan. Apabila duduk berdekatan suami memegang tangan isteri dengan lembut, jika mahukan sesuatu pergi dekat dengan isteri atau beri isyarat tanpa meninggikan suara. Biasakan bersalaman/berciuman jika hendak berpisah untuk urusan kerja atau lain-lain.
  5. Jangan lupa hari-hari istimewa seperti ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.
  6. Tidak kedekut menghulurkan buah tangan atau hadiah.
  7. Pandai memujuk yang paling penting.

No comments: