Monday 12 March 2012

Skateboarding Tetap Dalam Hati.

Assalamualaikum....
ohsemmm, ohsemmm!
Gambar di atas sangat-sangat ohsemmm bukan? Masa tengah blogwalking, terjumpa gambar muslimah dengan skateboard di atas bahunya. Terus teringat zaman sekolah dulu 6-7 tahun yang lepas. Sebenarnya, aku memang minat sangat dengan skateboard dengan scooter. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab ianya adalah sebahagian daripada trend pada masa tu dan ianya adalah salah satu sukan yang sangat-sangat mencabar. Kalau ikutkan memang tak ramai perempuan yang main skaterboard. Tapi... Aku beranikan jugak diri nak beli skateboard sebab nak try landing dekat papan nipis tu. Kalau dulu, yang ramai main skateboard, dah tentu-tentu lah lelaki. Kadang-kadang kalau teringin sangat nak tengok budak-budak lelaki main skateboard, sanggup tu rider scooter pergi tengok skatepark dari jauh. Nak datang dekat, memang lah segan yang teramat. Karang tak pasal-pasal budak-budak tu cakap aku ni tak senonoh. Sebab konon-konon nak pecahkan tradisi.

Sehari demi sehari, aku kumpul duit senyap-senyap tanpa pengetahuan Mak dan Papa. Kumpul duit nak beli skateboard, kalau tak silap masa tu harga boleh tahan murah lagi dalam RM100 lebih. Kebetulan satu hari, aku nak lepak dekat rumah makcik saudara di Bangsar. Alang-alang dah pergi kL, singgah lah kejap dekat Bukit Bintang Plaza semata-mata nak beli skateboard. Masa tu, ternampak ade offer besar-besaran. Beli dua skateboard dengan harga RM100. Patutlah murah, rupa-rupanya papan skateboard tu berat. Masa dah sampai rumah baru terperasan. Al-maklumlah, memang zero dan takde experience langsung bab-bab membeli skateboard. Masa nak angkut skateboard tu, punyalah maluuu gila! Mana taknya, orang keliling kiri kanan pandang aku. Memang aku buat muka tak tahu malu je waktu tu. Asalkan impian nak beli skateboard tercapai.

Balik rumah, Mak dan Papa terkejut lah. Angin takde ribut taufan pun takde, tiba-tiba ade skateboard depan mata diorang berdua. Apalagi, kena lah soal siasat lah dulu. Nama pun anak polis kan, memang takkan terlepas lah dari sebarang pertanyaan. Sampai letih aku nak menjawab. huhu. Esoknya dan esoknya dan esoknya, memang berbunyi bising lah rumah aku. Aku buat itu tak jadi, buat ini tak jadi, buat macam-macam tak jadi, sampailah aku boleh jadi. Tak habis sampai situ, aku pun usha dekat area Pekan Sabak Bernam, kalau-kalau ade budak-budak main skateboard. Apalagi, kenal punya kenal start esok pagi terus main skateboard dengan diorang. Yang paling aku ingat, masa tu baru lepas hujan lebat. Aku nak try lah buat satu trick ni. Sekali, tersembam jatuh. Berbunyi kuat pulak tu. Masa tu, budak-budak skate ni, dah risau gila takut aku cedera ke apa. Dengan confident, aku senyum dan berdiri macam biasa dan cakap dekat diorang i'm okey! Padahal, sakitnya hanya aku sahaja yang tahu. Bila dah ade geng yang kamceng, kadang-kadang aku practice pagi kadang-kadang aku practice petang. Tapi... Memang best lah! Diorang pun tak lokek ilmu dan tak sombong nak ajar aku. Takde perbezaan langsung. Cuma takde touch-touch ye time practice. Kalau jatuh, sila bangun sendiri. :P
siapa cakap wanita berhijab tak hebat?
Kalau diingat-ingat balik, memang kelakar lah waktu tu. Aku sendiri tak sangka aku boleh join aktiviti macam tu. Sukan extreme kot. Dua deck (skateboard) aku tu, satu aku hadiahkan dekat member kamceng sebab dia lah selalu ajar aku trick dan selalu teman aku main skateboard dan satu lagi ade dekat rumah. Dah dimamah usia. Tapi... Kalau boleh aku taknak buang sebab aku nak jadikan kenangan indah dalam hidup aku. Sekarang ni, encek Suami memang dah tak izinkan kalau aku nak aktif balik sukan extreme takut-takut ade effect dekat badan aku. Yelah, dah kahwin kenalah jaga untuk suami tersayang. Betul tak? Lagipun skateboarding dah slow dah sekarang ni. Sekarang ni trend berbasikal pulak kan?

Eh, kejap. teringat pulak dekat skater's girl bertudung yang dulu famous dekat Malaysia. Kena google balik ni. Kalau ade masa, aku upload gambar deck aku yang dimamah usia tu ye. Akhir kata, majulah sukan extreme untuk Malaysia! huehue. :P

No comments: