Tuesday 27 March 2012

Sahabat Yang Baik?

Assalamualaikum...

Kadangkala kita terlalu berangan-rangan nak mencari seorang lelaki soleh/seorang wanita solehah untuk dijadikan suami/isteri supaya hidup kita bahagia di dunia dan akhirat. Kan?
sumber : www.google.com
Tetapi kita jarang sekali mengingatkan diri kita untuk berusaha mencari sekurang-kurangnya seorang kawan yang soleh/solehah supaya kita juga mendapat kebahagiaan yang sama. 

Kadangkala kita selalu  berangan-rangan mahu dipertemukan dengan lelaki soleh/ wanita solehah  supaya kita dapat berpimpin tangan menuju redha Allah SWT bersama-sama.

Padahal kita tidak berusaha mendampingkan diri mencari sahabat yang  soleh/solehah yang boleh mengingatkan kita waktu solat, puasa baca Al-Quran. Kan? 

 Bukankah sahabat yang baik juga adalah pembuka jalan untuk kita menjadi yang baik dan permulaan cerita untuk kita medapat yang terbaik juga? 
Sahabat yang soleh/solehah yang sentiasa menegur diri saat iman semakin berkurang, yang membantu menyembuhkan iman yang sedang sakit, yang bersama diri saat duka mahupun tawa, yang saling mencintai kerana Allah SWT.
sumber : Keluarga Sakinah.

No comments: