Monday 23 January 2012

Pewarna Tiruan Tidak Dibenarkan Dalam Makanan!

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Bahan pewarna sintetik atau tiruan yang digunakan dalam pembuatan teh timbang boleh mendatangkan komplikasi buruk kepada organ hati sekiranya pengambilannya diamalkan.

Pakar pemakanan, Heng Kiang Soon berkata, penggunaan pewarna tiruan hanya untuk menjadikan sesuatu makanan lebih menarik, tetapi membahayakan penggunanya.

‘‘Masyarakat seharusnya mengelak daripada membeli makanan yang menggunakan pewarna tiruan seperti teh timbang kerana kesannya amat buruk kepada hati manusia.

‘‘Bahan tersebut bukan hanya digunakan untuk membuat teh timbang malah penggunaannya melibatkan banyak produk lain contohnya minuman dan makanan ringan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai teh timbang atau teh sukat yang amat digemari oleh penduduk di Kelantan yang sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan, Ahmad Nadzri Sulaiman berkata semalam, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna tiruan (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.

Kiang Soon menambah, fungsi organ hati akan terjejas jika terus dibebankan dengan bahan-bahan tiruan tersebut.

Katanya, ibu bapa perlu sedar kesan buruk yang bakal dialami dengan pengambilan pewarna tersebut berlebihan khususnya kepada anak-anak kecil.

‘‘Selain teh timbang, makanan ringan kanak-kanak juga menggunakan bahan pewarna tiruan yang agak tinggi supaya produk tersebut lebih menarik untuk dimakan,” katanya.


Kenapa ia digunakan? Pewarna digunakan dalam makanan atau minuman untuk :
  • Mengimbangi warna yang hilang
  • Memperbetulkan variasi warna asli
  • Mempertingkatkan warna asli
  • Memberi Identiti beraneka warna
  • Memberi impak beraneka warna

Tetapi di sebaliknya, terdapat beberapa pewarna makanan yang diisytiharkan tidak selamat dan diharamkan di tempat lain tetapi dibenarkan di Malaysia. Antaranya :
  • Allura Red - Dilarang diseluruh Komuniti Eropah kerana kajian mendapati peningkatan terhadap tahap hyperaktif kanak².
  • Briliant Blue - Diharamkan di Austria, Belgium, Perancis, Jerman, Norway, Switzerland, Sweeden dan Amerika kerana ia mempunyai keupayaan untuk mendorong reaksi alahan pada individu yang mempunyai pra sedia ada sederhana asma .
  • Brown HT - Diharamkan di Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Norway, Switzerland, Sweeden dan Amerika kerana ia boleh membangkitkan tindak balas asma, sensitif terhadap aspirin dan sensitif terhadap kulit.
  • Carmoisine - Diharamkan di Austria, Jepun, Norway, Sweeden dan Amerika kerana ia boleh membangkitkan tindak balas asma, sensitif terhadap aspirin dan bengkak kulit.
  • Indigo Carmine - diharamkan di Norway kerana berbahaya kepada saluran peranafasan jika dihidu. Ia juga memedihkan kulit dan mata.
  • Ponceau 4R - Diharamkan di Kanada, Norway dan Amerika  kerana kajian mendapati peningkatan terhadap tahap hyperaktif kanak². 
  • Quinoline Yellow - Diharamkan di Jepun, Norway dan Amerika kerana kajian mendapati peningkatan terhadap tahap hyperaktif kanak² dan tahap kecerdasan kanak² semakin menurun. 
  • Sunset Yellow - Diharamkan di Findland, Norway dan United Kigdom kerana menyebabkan reaksi alergi kepada orang yang bertindak balas terhadap aspirin yang menyebabkan pelbagai simptom seperti gastrik, migrain, muntah dan bengkak kulit.
  • Tartrazine - Diharamkam di Austria, Findland dan Norway  kerana kajian mendapati peningkatan terhadap tahap hyperaktif kanak².

bila tengok makanan colourful, terus TAK JADI nak boikot! wuwuwu =."

3 comments:

FR said...

tapi makanan kalerful ni comel comel sangat la kan akak -,- susah nk boikot. hee.


suka header akak^^

AdaNaz87 said...

@fathiahRAIHANA, tau takpe! sebab colourful lah makanan ni goda kite suruh beli. =."

thanks dik. ((=

E'in said...

wah.. bahaya gak nie..