Saturday 7 January 2012

Hukum Pemakaian Inai Bagi Lelaki & Perempuan.

Malam tadi, aku excited pakai inai sebabnya terjumpa entry ni dekat blog http://penyuluh.blogspot.com/http://www.ustaznoramin.com/http://kemahilmu.blogspot.com/


Menurut pendapat Ulamak Mazhab Hambali dan Ulamak Mazhab Syafie mengatakan pemakaian inai ini adalah harus, inai ini boleh digunakan di mana-mana baghagian tubuh lelaki dan perempuan.


Pemakaian inai terbahagi kepada dua iaitu :
  1. Hukum memakai inai bagi lelaki
  2. Hukum memakai inai bagi perempuan

Hukum Pemakaian Inai Bagi Lelaki.
Didalam Fatwa Online oleh Mufti Markaz Fatwa dibawah naungan Prof. Dr Abdullah Faqeh, diajukan soalan berkenaan "Adakah dibolehkan inai dipakai oleh lelaki untuk majlis perkahwinan?


Beliau menjawab:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد
Sekiranya yang dimaksudkan penyoal adalah mewarnakan seorang lelaki tangannya atau kakinya dengan inai bagi majlis perkahwinan, maka hal itu tidak dibolehkan, malah juga tidak dibolehkan selain perkahwinan kerana hal itu adalah daripada perhiasan wanita, dan tidak boleh (haram) menyerupai wanita ke atas apa yang dikhususkan ke atas para wanita dalam perhiasan atau pakaian. Dan dalil yg mengkhususkan bagi perempuan adalah berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud dan juga Al-Nasai'e dengan sanad yang Hasan:
Dari Ummul Mukminin A'isyah r.a berkata : Seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda SAW lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda : Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan. Perempuan itu menjawab : Aku adalah seorang wanita.Nabi Muhammad SAW bersabda : Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai inai di jarimu.
dan juga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A : 
Bahawasanya Nabi SAW didatangkan kepadanya seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan inai. Dikatakan kepada Rasulullah SAW : "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu diperintahkan lelaki itu dihantar ke naqi'ah (nama tempat) (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada Rasulullah SAW : "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginsa SAW bersabda : "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yang soheh.)
Berkata Imam Al-Nawawi rahimahullah : Dan berkenaan menginaikan kedua-dua tangan dan kaki maka ia satu sunnah kepada pengantin perempuan. Dan ianya haram ke atas lelaki melainkan untuk tujuan perubatan. Dan daripada dalil-dalil ke atas pengharamannya adalah dari sabda baginda SAW : 
Bermaksud : "Allah melaknat orang yang menyerupai wanita dari kalangan kaum lelaki, dan juga perempuan-perempuan yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tarmizi)
Begitu juga pendapat dari Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan :
"Bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasan wanita. Inai yang digunakan untuk perubatan tidaklah mengapa (tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit kuku rosak.)"

Hukum Pemakaian Inai Bagi Perempuan.
1. Sunat :  
  • Menurut ulamak Mazhab Maliki dan Syafie, wanita yang bersuami disunatkan memakai inai pada setiap masa kerana inai merupakan perhiasan dan kecantikan. Selain memakai inai di tangan, iaitu dari hujung jari hingga ke pergelangan, wanita juga harus memakai inai di tapak kaki mereka hingga ke buku lali khususnya wanita yang bersuami.
  • Wanita yang hendak berihram haji atau umrah disunatkan memakai inai mengikut pendapat semua Mazhab sama ada yang bersuami atau tidak.
2. Harus :
  • Wanita yang tidak bersuami, Ulamak Mazhab Maliki berpendapat harus.
3. Makruh :
  • Wanita yang tidak bersuami, Ulamak Mazhab Syafie berpendapat makruh kerana dibimbangi berlaku fitnah ke atas diri wanita itu dan orang lain.
  • Tidak dibenarkan sama sekali memakai inai bagi perempuan yang sedang idah iaitu (isteri bagi suami yang meninggal) tidak dibenarkan berhias dan keluar rumah tanpa tujuan selama 4 bulan 10 hari atau 3 kali suci dari haid. 

No comments: