Wednesday 14 December 2011

Review - Japan Drama Hanazakari No Kimitachi E.

Assalamualaikum...

Selalunya, waktu lunch aku jarang keluar makan. Sebabnya kadang² cuaca dekat luar panas sangat, malas nak drive dan save sikit duit aku. Nampak sangat kedekut kan? Eh, tak. Kalau nak diikutkan, makanan dekat cafe office aku lagi murah kalau nak dibandingkan dengan makanan dekat luar. Pernah sekali, aku dengan officemates makan dekat kedai area Putrajaya. Masa masuk, macam ramai sangat orang. Kot² la font-family: Arial, Tahoma, Helvetica, FreeSans, sans-serif; font-size: 12px; line-height: 14px;">²nya kedai makan tu sempit ya amat. Sampai kena berhimpit² lah jugak. Ambil nasi dengan lauk cepat² dan order air limau ais. Masa nak bayar dekat kaunter, minah tu cakap RM9. Gulp! Terus terkejut. Lepas bayar, aku dengan officemates blacklist terus kedai ni. Kalau makan seafood takpe jugak. Ni makan ayam seketul dengan ulam. Memang cekik darah! Dahlah kedai kotor. Hurm...

Eh, entry kali ni bukan nak cerita pasal makanan tapi nak cerita pasal drama korea/jepun. ƗƗiƗƗiƗƗi "̮ Yang tengah hot sejak kebelakangan ni. Kan sekarang tengah musim demam K-Pop. Ye tak? Aku, tak ambil port sangat pasal K-Pop ni. Sebabnya, aku bukan hard-die-fans. Sekadar kalau best, aku layan. Tapi... Setakat tu je lah. Takde pulak sampai nak hafal lagu ke, artis ke, style ke. Oh, tidak. Tergeliat lidah nanti. ƗƗiƗƗiƗƗi "̮ 

Setiap kali waktu lunch, aku mesti aku ulang tayang drama korea/jepun balik. Antaranya, Hanazakari No Kimitachi E. Banyak kali tengok pun, aku tak pernah rasa boring. Tapi... Kebanyakan drama korea/jepun yang aku suka tengok, mesti ade part yang kelakar. Kalau yang lovey-dovey dan asyik menangis, aku kureng layan sikit. Kecuali kalau berdasarkan real life. Itu best! Drama ni aku suka tengok sebab ianya berkisarkan kehidupan ala² berasrama. Memang kelakar. Ade dorm 1 (martial arts department), 2 (sports department) dan 3 (performing department). Setiap dorm ade peranan masing². Kat bawah, aku sertakan sinopsis serba ringkas ye.
source : http://cherrycloud.wordpress.com/2007/11/29/hanazakari-no-kimitachi-e/
Drama Hanazakari No Kimitachi E adalah berkisarkan sebuah komik popular di mana tajuk asalnya adalah sama yang ditulis oleh Nakajo Hisaya. Ashiya Mizuki merupakan seorang gadis Jepun dari Amerika Syarikat di mana pada suatu hari, dia telah melihat seorang atlet muda, Sano Izumi bersaing di dalam acara lompat tinggi di dalam sebuah rancangan televisyen. Dari situ, Ashiya telah memuja Sano. Semasa Sano terlibat dalam Japanese training camp di Amerika, dia telah tercedera di kakinya kerana secara kebetulan membantu Ashiya melarikan diri daripada beberapa orang samseng. Sejak dari kejadian tersebut, Sano telah mengambil keputusan untuk berhenti melompat tinggi akibat kecederaan yang telah dialaminya. 
Setelah mengetahui tentang kejadian tersebut, Ashiya telah menyalahkan dirinya dan mengambil keputusan pergi ke Jepun untuk membantu Sano kembali menyertai acara lompat tinggi. Walau bagaimanapun, Ashiya terpaksa mengubah penampilannya menjadi seorang lelaki kerana tempat dan sekolah yang bakal didudukinya adalah kesemuanya lelaki. Dapatkan Sano akan kembali ke acara lompat tinggi semula? Adakah identiti Ashiya akan terbongkar akhirnya? Apakah kesannya jika identiti Ashiya terbongkar? Apakah dugaan yang dihadapi oleh Ashiya sepanjang berada di sekolah tinggi Osaka? 
cinta 3 segi, Nakatsu-Ashiya-Sano
Suspens kan? Yang dah tengok, mesti tahu jalan cerita nya kan? Yang tak tengok lagi, boleh lah download dekat internet. Takpun boleh tengok secara online dekat laman web. Free je.

4 comments:

Woofer Storm said...

tak layan sngt drama ni,coz kurang minat..tapi kalau bosan,leh gak masuk.hehee

#suka cerita aksi ,lagi2 kalau movie cina.hhee

AdaNaz87 said...

@Woofer Storm,lelaki memang kureng minat sikit kalau drama bab-bab menitiskan air mata & loving ni kan? sukee jugak tengok citer cina aksi. ;p

akmahika said...

aema pun layan drama nie jugak...best sangat.!!

AdaNaz87 said...

@Gadis ini..., memang best kan? ade jugak part yang kelakar. :P