Saturday 1 October 2011

Pendengki & Jealousy?

Assalamualaikum...

Aku betul² tak faham kenapa mesti wujudnya pendengki di sekeliling seseorang. Aku lagi tak faham apa tujuannya pendengki ni nak dengki dengan kehidupan seseorang. Kalau dengki secara senyap dan positif takpe, ni kalau dah sampai memfitnah, mencaci-maki, mengadu-domba, buat benda yang tak elok dan sewaktu dengannya tu dah kes lain. Tambahan pulak sekarang ni semuanya di hujung jari. Ade social network macam facebook, myspace, youtube, blogger dan lain²slagi senang pendengki nak buat kerja. Sesenangnya diorang  nak kutuk orang sana, orang sini pulak kutuk balik. Last², dari jadi best friends forever terus jadi enemy backstabbers forever. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮
  • Dengki melihat kebahagiaan orang lain
Bila seseorang tu dah couple ke, bertunang ke atau berkahwin ke sepatutnya kita sebagai kawan yang mengenali mendoakan kebahagiaan rumahtangga kawan tu. Bukannya mendoakan yang tak baik. Ni tak, mula lah mencanang si polan pernah dengan aku, si polan tu bukan baik sangat, she's not deserve him, si polan tu kaki gedik lah dan sebagainya. Percaya atau tak, pertemuan, perpisahan, jodoh, ajal dan maut seseorang tu kan semuanya dah ditetapkan oleh Allah SWT sejak di Loh Mahfuz lagi. So, takde sebab ade perasaan dengki-mendengki dengan seseorang. Kecuali lah, pendengki tu tak dapat nak bertunang atau berkahwin dnegan lelaki/perempuan yang die idamkan sejak dulu lagi. Betul tak? Kesiaaannnyyyeee. Pity of you, babe! ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮

  • Dengki dengan apa yang dimiliki oleh orang lain
Bila kawan yang kita kenal dah dapat diploma atau ijazah, mula lah pendengki tu cakap yang kawan tu tak layak sebab pernah meniru lah ape lah. Bila kawan yang kita kenal ramai kawan, mula lah pendengki tu nak add dan trace kawan yang kita kenal tu dekat social network. Bila kawan yang kita kenal beli scooter, mula lah pendengki tu pun nak beli scooter. Bila kawan yang kita kenal beli laptop, mula lah pendengki tu pun nak beli laptop. Bila kawan yang kita kenal minat pink dan purple, mula lah pendengki tu pun minat dekat warna pink dan purple. Bila kawan yang kita kenal dapat kahwin dengan jejaka yang diidamkan dari dulu sampai sekarang, mula lah pendengki tu nak rampas supaya lelaki tu suka kat dia. Oh, kesiaaannnyyyeee lagi sekali dekat pendengki tu. Tak payah lah sampai nak tiru or copy paste apa yang dimiliki seseorang. Sebabnya itu menampakkan sangat yang kamu memang jelous dengan orang yang kamu tiru tu. Betul tak?

  • Dengki sampai nak jadi spy dekat social network
Teruk kan? Sebab nak tahu sangat pasal kawan yang kita kenal, dah couple berapa lama, dah kahwin ke, dah beli kereta ke, life happy ke, dah kaya ke dan semuanya lah tentang kawan tu pendek kata semuanya pendengki tu nak tahu. Sampai sanggup suruh kawan² college add kawan yang kita kenal tu. Nanti boleh lah tolong bagi info semasa dekat pendengki tu. Sebelum tu, pendengki dah cerita macam² dekat kawan² college yang kawan tu perangai die cam tu camni. Kalau betul takpe, kalau tak betul sampai dah memfitnah. Apa cerita? Tanggung lah dekat akhirat kelak.  

Aku ade lah jugak member yang pernah terkena dengan pendengki ni. Macam² hal. Sampai putus tunang lah, putus kawan lah dan macam lagi tau. Bila dengar ngeri jugak, tapi bila pernah terkena dekat batang hidung sendiri aku senyum je. Malas nak melatah kuat sangat. Sebabnya, aku percaya satu perkara : Siapa yang suka dengki-mendengki ni hidup dan hatinya memang takkan tenang sampai bila². So, dengki lah secara positif ye bukan secara negatif!

So, kata² peringatan aku :

6 comments:

pinky_liscious said...

tu la manusia...macam2 ragam..ade je sikap tak puas hati...tak suka betol golongan macam ni..huhu

jiah said...

aku pun ada jugak terkena mcm ni..masalahnya xtau apa yg didengkikan...bertahun dah ada...aku just senyap je...but akhir2 ni mula menjaja cerita tak betul n burukkan2 pd org lain...tp aku still buat xtau je...senyum je coz i still bahagia dan hepi dgn my life...apa yg dia buat xjadi kudis pn dlm hdup aku...tp if dah melampau br ambil tindakan...

dayu_myself said...

manusia oh manusia..
tak pernah puas dgn ape yng ad...
sllu inginkn lbih dri orng lain..

tpi klu kiter btul2 sdr tgas di mka bumi ni,
InsyaAllah..jauh dri sft tu semue..^__^

AdaNaz87 said...

@pinky_liscious, betul tu. sebab macam² ragam lah manusia jadi macam ni. biaselah, manusia takkan puas dengan apa yang dia miliki. =."

AdaNaz87 said...

@jiah, betul tu jiah. senyap bukannya tanda kalah. dan banyak cakap bukannya tanda menang. dengan mendiamkan adalah lebih baik sebabnya, kita pun tak banyak dosa macam orang yang menyebarkan aib orang lain. betul tak?

aku setuju dengan statement ko, apa yang dia buat tak jadi kudis pun dalam hidup. asalkan kita happy dengan life kita sekarang. ((;

AdaNaz87 said...

@dayu_myself, betul tu. sangat setuju. lepas² ni kena check hati kita betul² untuk elakkan dari perkara ni terjadi antara sesama manusia. ((;