Friday 14 October 2011

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak.

Assalamualaikum...
sumber : www.google.com
Terjumpa satu artikel mengenai pemakaian inai terutamanya di kalangan pengantin. Lepas tu, heboh dekat blog lah dekat facebook lah dekat youtube lah pasal hal ni. Kadang² sesetengah orang tak baca sampai habis dan tak kaji betul², dah terus nak share dekat kawan² yang lain. Sepatutnya, benda² mengenai hukum agama kena lah baca dengan teliti supaya bila kita nak sampaikan dekat orang lain, takde lah sampai orang lain terima bulat dengan perkara yang kita tak pasti kebenarannya ataupun tidak. Lebih baik terlebih dulu merujuk pada pakar agama sebelum nak share kan tentang sesuatu. Betul tak?
Serious, aku suka sangat pakai inai. Bukan time nak kahwin je. Tapi sejak sekolah rendah aku memang suka sangat pakai inai. Tapi disebabkan tak boleh pakai inai waktu sekolah, aku pakai time cuti penggal persekolahan je. Lagipun Mak aku cakap kalau pakai inai elok untuk kuku dan tangan. Bila sedara-mara kahwin pun, aku mula lah sebok nak pakai jugak. Still sampai sekarang, aku masih pakai inai. Dulu, Mak yang selalu pakaikan. Sekarang, encek Suami yang tolong pakaikan. ƗƗiƗƗiƗƗi "̮ 

Google punya google, terjawap sudah hukum tentang pemakaian inai. So, lepas ni nak share mengenai sesuatu hukum kenalah selidik terlebih dahulu. Tak kisah lah mengenai apa²pun. Takut kalau tak betul akan menimbulkan fitnah dan menyimpah akidah. Dekat bawah ni aku ambil terus dari laman web JAKIM mengenai hukum pemakaian inai mengikut syarak. 

Keputusan :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

3 comments:

Durrani Zamri said...

Tq kak for the info. :)
saya pun suka pakai inai..hehe
romantik nye encik suami pakaikan inai..hehe

AdaNaz87 said...

Bit Zamri, yeke dik? leh lah jadi geng. he². ((;

alalala, dah kahwin kena romantik² dik. baru aman bahagia. ((;

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih