Monday 14 March 2011

Sodium Laureth Sulfate Penyebab Kanser?

Assalamualaikum...

Baru-baru ni, housemates ada bawak balik paper Kosmo. Rasa-rasanya kalau housemates tak bawak balik paper, memang aku tak tahu langsung lah tentang isu semasa. Kalau tahu pun mungkin sebab tengok berita dekat tv3 selepas solat Maghrib. hehe. Masa tengah belek-belek paper, yelah aku ni memilih sikit nak baca sesuatu isu, then housemates suruh baca tentang satu isu ni. Aku, kalau bab politik ke, bunuh-membunuh ke memang tak berapa gemar nak tahu sangat. Tapi kalau bab sukan, kemanusiaan memang aku suka. Tak tahu kenapa.

Isu yang housemates suruh aku baca tajuknya "Sodium Laureth Sulfate Penyebab Kanser?" Ish, betul ke ni?  Tak boleh jadi ni. Aku pun terus menuju dekat baldi kecil berisi shampoo, shower gel, ubat gigi, pencuci muka dan pencuci kain. Bukan aku punya je yang aku check, housemates lain pun aku check kan sekali. Mana taknya, lain orang lain jenama, lain kegemarannya. Memang betul, kebanyakannya mengandungi sodium laureth sulfate. 

Google punya google, terjumpa info mengenai sodium laureth sulfate.
Sodium Laureth Sulfate atau natrium lauril eter sulfat (SLES) merupakan detergen dan surfactant yang banyak dijumpai di dalam produk penjagaan peribadi (sabun, shampoo, ubat gigi, dll). SLES merupakan agen berbusa yang murah dan sangat efektif. SLES telah membuktikan di mana ia mengakibatkan kegatalan pada mata dan kulit haiwan dan beberapa subjek percubaan manusia. Beberapa produk yang mengandungi SLES mengandungi 1,4 dioxine karsinogen-, di mana pihak FDA sedang memantau bahan tersebut di mana bahan kimia ini boleh menyebabkan kanser pada jangka masa yang panjang!. - Wikipedia
Sodium Laureth Sulfate yang dikatakan memberi kesan sinaran pada rambut selain sihat sebenarnya bolah menyebabkan kerosakan terus kepada folikel rambut, kerosakan kulit dan kerosakan pada anak mata. - Natural Health
Agak-agak kalau korang nampak lah label sodium laureth sulfate ni, kau orang nak buat apa dengan barang penjagaan diri kau orang ye? Nak buang ke, nak simpan ke, nak hadiahkan ke atau guna je terus. Risiko jangka masa panjang. Lambat lagi kot. Huhu³. Tapi tak patutlah pengeluar produk penjagaan diri ni tak mengambil kira keselamatan dan kesihatan para pengguna. Nak cepat untung je, tanpa memikirkan kesan ke atas para pengguna. So, kepada kawan², berhati² lah sebelum membeli. Check label sebelum membeli. Jadi pengguna yang bijak okey?

No comments: