Wednesday 17 February 2010

Keranamu, Scooter VS150. ♥

Assalamualaikum...
Sebenarnya aku tak berapa confident nak menyertai sesuatu contest samada yang dianjurkan di media cetak, elektonik ataupun sebagainya. Bukannya ape. Aku takut sangat kalau sesuatu contest yang aku sertai itu akan membuatkan orang meluat atau menyampah dengan apa yang ingin aku sampaikan. Sebab tu, aku lebih suka memendamkan rasa dan melihat orang lain menyertai contest. Nyata, mereka-mereka yang menyertai sesuatu contest, mempunyai confident yang sangat tinggi dari apa yang aku sangkakan. Syabas! Aku tahu mereka tidak fikir apa yang orang lain bakal katakan pada mereka, asalkan apa yang mereka hajati akan tercapai.

Macam tu jugak aku. Hampir dua minggu aku berfikir. Sama ada ingin menyertai contest yang dianjurkan oleh CST PRODUCTION & LYNDA RAHIM KUALA LUMPUR atau tidak. Tak apelah, aku anggap contest ini sebagai suatu cabaran untuk aku sahut dan untuk meningkatkan lagi self-confident aku. Tak menang takpe, aku anggap itu sebagai satu pengalaman yang berharga. Kalau menang, aku anggap ia sebagai satu anugerah yang tak ternilai dalam hidup aku. Menang atau tak, rezeki seseorang telah Allah takdirkan sejak Loh Mahfuz lagi. Yang penting, aku nak berusaha selagi aku terdaya.

Aku adalah seorang gadis biasa. Dari kecil sehingga dewasa, aku memang sukakan melihat aktiviti lasak. Mungkin kerana aku adalah anak perempuan tunggal dan bongsu di kalangan keluarga aku menjadi begitu.

Ibu ku telah ditukarkan ke Teluk Intan. Setiap hari aku dihantar oleh ibu ke sekolah. Lantas, genap sahaja umur ku 16 tahun,aku dibenarkan untuk mengambil lesen motor. Dan genap 17 tahun, bapaku membelikan ku sebuah scooter. Dari situlah bermulanya, takdir aku dan encek Tunang dipertemukan. Dengan sebuah scooter. Aku dan encek Tunang masing-masing mempunyai scooter. Kadang-kadang bila ada masa terluang atau aku cuti semester, aku memang takkan lepaskan peluang untuk konvoi dengan budak-budak scooter. Tapi, aku bukanlah aktif sangat dengan konvoi atau pertandingan scooter. Bila ade kawan perempuan yang ingin turut serta, barulah aku setuju. Percaya atau tidak, sepanjang berkawan dengan budak-budak scooter, aku tidak pernah sekalipun beramah mesra dengannya.

Sehinggalah suatu hari, aku dan teman baikku, Farah berjalan-jalan dekat The Store, Teluk Intan. Tiba-tiba aku terlihat seorang hamba Allah ni tengah parking scooter dekat tepi The Store. Bila ditanya,  Farah menjawab "Itulah Nazir." Kagum betul aku dengan dress up dan scooternya. Aku hanya senyum-senyum sendiri tanpa bertanya lebih lanjut.

Selepas 2 tahun lebih peristiwa itu berlaku, aku tak pernah berharap apa-apa sebab aku tahu masing-masing mempunyai kehidupan yang perlu diteruskan. Aku meneruskan pengajian diploma aku di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) seperti biasa. Sehinggalah, suatu petang aku mendapat satu message "Askum, ni Ada kan?". Disebabkan penat sangat dengan kuliah dan tidak ada kredit, aku biarkan message tersebut sehinggalah esok hari. Sebelum tu, aku mendapat message sekali lagi "Takpelah kalau tak ingat member dan taknak reply." Disebabkan ingin tahu sangat siapakah member yang dimaksudkan, pagi-pagi aku ke kedai untuk membeli topup. Rupa-rupanya, itu lah dia, encek Tunang ku. Dari situ, kami kenali sikap masing-masing. Dari situ, kami selami hati masing-masing. Dari situ, kami hormati keluarga masing-masing. Dari situ kami mula melakar impian masing-masing.

Tak sangka, Allah telah mempertemukan kami semula. Kadang-kadang sukar untuk aku percaya. Tapi itulah kekuasaan Allah. Betul lah kata pepatah, kalau dah jodoh tak ke mana. Alhamdulillah tanggal 13 Februari 2010, aku dan encek Tunang telah mengikat tali pertunangan dan telah direstui oleh ahli keluarga masing-masing. InsyaAllah, perkahwinan kami akan berlangsung bulan Jun ini. Aku tak mengharapkan sesebuah majlis perkahwinan yang terlalu sempurna. Kedatangan ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat-handai bagi meraikan majlis perkahwinan ku sudah cukup sempurna. Pertunangan aku dan encek Tunang membuatkan kehidupan kami hampir sempurna dan Pernikahan antara aku dan encek Tunang membuatkan kehidupan kami lebih sempurna. Amin.

No comments: