Friday 21 August 2009

Pergi Takkan Kembali Lagi, Al-Fatihah Buat Ustaz Asri (Rabbani).

Assalamualaikum...

Mungkin entry aku dah agak terlambat utk menceritakan tentang seorang pendakwah nasyid yang tersohor di Malaysia. Biarpun hampir seminggu beliau telah meninggalkan dunia yang sementara ini, tapi aku percaya bahawa setiap alunan lagu, zikir dan dakwah yang beliau perjuangkan melalui industri nasyid sehingga di saat-saat beliau menghembuskan nafas terakhir di dunia ini pasti akan diingati oleh segenap lapisan masyarakat sampai bila-bila.
sumber : www.google.com
Aku dapat tahu Allahyarham Ustaz Asri meninggal dunia pun melalui TV3. Masa aku dapat berita tentang beliau, aku ingatkan beliau koma dan dimasukkan ke dalam hospital. Tapi... Allah lebih menyayangi beliau. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur setelah jatuh pengsan ketika memberi ucapan dalam sidang media program Syahadah di Angkasapuri, RTM. Tiba-tiba aku rasa sebak bila tengok dekat rancangan TV3 mengenai "Ustaz Asri Dalam Kenangan". Lagu-lagu yang dialunkan bersama kumpulan nasyid Rabbani memang menyentuh hati bagi sesiapa yang betul-betul menghayati lirik-lirik yang disampaikan oleh beliau.  

Ditambah pulak bila melihat temuramah di antara wartawan dengan isteri beliau di mana luarannya nampak tenang tapi di dalam hati, hanya Allah SWT je yang tahu. Akhirnya gugur juga air mata yang ditahan sewaktu awal temuramah tanda perpisahan di dunia dari seorang isteri kepada suami kesayangannya. Tapi isteri beliau ada menceritakan bahawa Allahyarham Ustaz Asri kelihatan berpeluh-peluh sebelum pergi ke sidang media tersebut (tanda-tanda awal nazak/kematian). Mungkin itulah di antara tanda-tanda kematian seseorang. Malaysia akan  merasai kehilangan beliau nanti. Patutlah ada hadis/riwayat yang menyebut salah satu tanda-tanda kiamat kecil, ramai orang soleh akan meninggal dunia.
"Tidak akan datang kiamat sehingga Allah SWT mengambil orang-orang yang baik dan dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yg tinggal pdnya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yg makruf dan tidak mengingkari kemungkaran..." (Riwayat Ahmad)
Serba sedikit Biodata Allahyarham Ustaz Asri :
Nama : Mohamad Asri Bin Ibrahim
Tarikh Lahir : 3 Ogos 1969
Tempat Lahir : Klang, Selangor
Isteri : Halizah Shahzan
Anak : 6 orang
Blog : http://asrirabbani.blogspot.com
Maksud Rabbani : Yang Ariff dan Yang Soleh
Ditubuhkan : 1 Mac 1997
Ahli Kumpulan : 9 orang

Macam mana agaknya industri nasyid umumnya dan kumpulan Rabbani khususnya dalam menghadapi kehilangan salah seorang ahli yang sangat kuat dalam memperjuangkan dakwah mereka melalui nasyid? Harapan aku ianya takkan terkubur dan ahli-ahli yang lain akan terus memperjuangkan kumpulan nasyid Rabbani sampai bila-bila. Pasti kerinduan pada gemersik suara Allahyarham Ustaz Asri akan diingati. InsyaAllah... Terjumpa blog Ustaz Asri dan ayat-ayat di blognya amat menyentuh hati aku. Antaranya :
Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...
Walau selama manapun kita hidup, penghujungnya pasti mati. Jadi jangan lupa bawa bekalan untuk pulang. 
Marila kita semua sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Mohamad Asri Bin Ibrahim. Moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yangberiman. InsyaAllah...
sumber : www.pinterest.com

No comments: