Assalamualaikum...
Aku telah diarahkan dan diwajibkan oleh Bahagian Sumber Manusia untuk mengikuti Kursus Induksi Khusus selama seminggu di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang Sepang. Masa dapat surat tu, aku takde lah rasa excited ke ape ke sebab aku tahu batch kemasukan kakitangan baru untuk department food tech hanya ada dua orang sahaja. Masa tu perasaan aku kosong. Nak tak nak, terpaksa jugak lah aku kemaskan barang-barang seminggu awal dari tarikh berkursus. Bukan apa, cuma takut kalau-kalau ada barang yang tertinggal nanti. Masa pergi kursus, aku naik bas sebabnya tak tahu sangat jalan ke area Sepang. Perjalanan ke Sepang lebih kurang dalam 2 jam.
Sepanjang seminggu aku dekat sana, macam-macam aktiviti ada. Contohnya, seawal Subuh kitaorang dah dipaksa untuk bersenamrobik dan menari poco-poco. Selepas sarapan, ada ceramah sampailah ke petang. Waktu tengah hari, semua kakitangan diberi kelonggaran untuk lunch break dan solat. Petang pulak, ada sukaneka yang aku rasa sangat-sangat seronok. Terasa kembali ke zaman budak-budak! Dan yang paling penting, group aku dapat nombor satu okey walaupun kebanyakannya anggota veteran! :P Masa last day kursus, ada dinner dan sesi tangkap gambar. Yang paling best sekali, kumpulan aku Ummmmpphhhh dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Tak sangka, serius! So, sesiapa yang dengar rumors yang mengatakan kursus induksi tak best adalah sangat tak betul. Tapi semuanya bergantung pada management yang mengendalikan kursus tersebut dan kawan-kawan seinduksi yang turut serta.
sumber : http://shukran-ijtihad.blogspot.com/ |
Bagi aku, kursus induksi adalah salah satu pengalaman yang best walaupun aku rasa ada gap di antara pegawai dan staff bawahan. Mungkin tak biasa atau masing malu-malu kot. But i don't think so. :P
Sesiapa yang nak cuti-cuti Malaysia area Sepang atau Bagan Lalang, aku sertakan details tentang Hotel Seri Malaysia :
Sesiapa yang nak cuti-cuti Malaysia area Sepang atau Bagan Lalang, aku sertakan details tentang Hotel Seri Malaysia :
Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang
Lot 979 & 980, Pantai Bagan Lalang
Sungai Pelek
43950 Sepang, Selangor
Malaysia
Sungai Pelek
43950 Sepang, Selangor
Malaysia
Call : +603-3141 2918
Fax: +603-3141 2917
Fax: +603-3141 2917
No comments:
Post a Comment