Friday, 8 August 2008

Amalan-Amalan Murah Rezeki.

Assalamualaikum...

Sebenarnya banyak entry bersawang dalam blog dan ada yang i keep it private from strangers. Tunggulah bila dah free nanti, i will concentrated with my blog. Sebab sekarang nak concentrate with my study. Sebab last year, study main-main. So, it's disrupting my studies performance. Nak kata down tu maybe a little bit. Sebab sangat berbeza. But it's okey. I have Allah, family & my love. They gave me full life support. Alhamdulillah...

Terjumpa one of my entry yang tak publish masa study dekat UMT. Amalan-amalan murah rezeki tak kira lah dari segi kemewahan, kebahagiaan, ilmu pengetahuan, kesenangan, kecantikan, ketaqwaan, keluarga dan sebagainya. Allah Maha Adil terhadap hamba-hambaNya. Ada yang lebih pada seseorang itu, ada yang kurang pada seseorang itu. Keep calm and trust in Allah. Here, i'm sharing with you all. Happy reading dan semoga kita mendapat manfaat bersama. InsyaAllah...


Antara amalan-malan Murah Rezeki :


1. Bertakwa kepada Allah

Dalam surah Al-A’raf ayat 96, Allah SWT menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki, yang bermaksud :
Dan (Tuhan berfirman lagi) : “Jikalau sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi. Tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.”  
2. Banyakkan Doa 
Doa dan zikir merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah SWT. Mengingati Allah SWT sama dengan zikir ataupun doa merupakan penyebab kepada kemurahan rezeki dan keberkatannya, penjauh dari segala bahaya.

3. Banyakkan Sedekah

Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang. 
Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : "Siapa yang bersedekah dengan sebutir kurma dari usaha yang halal, maka Allah akan menerimanya dengan baik, lalu dipeliharaNya seperti kamu memelihara anak kambing atau anak unta sehingga sedekahmu itu bertambah besar menjadi sebesar gunung atau lebih besar daripada itu."
4. Buat Baik kepada Ibu Bapa
Kebahagiaan dan juga kesenangan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada seseorang itu adalah bergantung restu ibu bapa mereka. Oleh yang demikian, berbakti kepada orang tua adalah amalan yang wajib dilaksanakan agar kita peroleh kemurahan rezeki. Ingatlah doa ibu bapa untuk anak anak mereka adalah mudah dikabulkan oleh Allah SWT.

5. Banyakkan Istighfar

Minta ampunkan dosa sendiri. perkara yan paling utama menjamin turunnya rezeki daripada Allah s.w.t. ialah istigfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Menurut al-Nawawi, taubat hukumnya wajib atas individu Muslim. dengan memperbanyakkan istigfar, Allah s.w.t akan menurunkan rezeki kepada hamba-Nya itu.
Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya : "Demi Allah, kalau kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka."
6. Solat Dhuha
Solat Dhuha ialah solat pada waktu matahari naik bermula dari matahari tinggi sepengganla dan tamat waktunya apabila gelincir matahari. ia dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh empat rakaat, enam rakaat atau lapan rakaat.
Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya melakukan amalan ini.Bila melakukan solat dhuha kepada Allah s.w.t. mintalah semoga Allah s.w.t. membuka pintu rezeki.

7. Baca Surah Al-Waqiah

Amalan ini juga sangat elok diamalkan dengan membaca setiap pagi agar seseorang itu tidak akan dilanda papa atatu kemiskinan dalam kehidupannya. Ini juga merupakan antara amalan harian Rasulullah s.a.w.

8. Beri Makan Kepada Haiwan-Haiwan

Setiap Muslim hendaklah meletakkan dalam fikirannya bahawa bantuan Allah s.w.t.akan turun kepada seseorang itu apabila ia membantu makhluk Allah s.w.t. yang lain di muka bumi ini. Tidak kiralah sama ada makhluk itu anak Adam, mahupun binatang-binatang ataupun tumbuhan.Sedangkan batu pun sentiasa bertasbih kepada Allah s.w.t., inikan makhluk Allah s.w.t. yang bernyawa.

9. Jangan Menyeksa Binatang

Menyeksa binatang adalah melanggar Sunnahtullah dan sama seperti merosakkan ciptaan Allah s.w.t.Dalam Islam ini sudah pasti dilarang sama sekali kerana setiap amalan buruk itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. sama ada terus di dunia ataupun di akhirat kelak.

10. Sambung Silaturahim

Yang dimaksudkan sambung silaturahim menurut Mulla ‘Ali al-Qari ialah berbuat ihsan (baik) kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan perkahwinan.
Kita dituntut melakukan kebaikan terhadap mereka dan mengambil berat tentang hal mereka. Terdapat hadis menunjukan kepentingan menghubung silaturahim untuk mendapat keberkatan rezeki.
Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda : “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”. 
11. Membayar Zakat
Zakat merupakan salah satu Rukun Islam dan wajib dikeluarkan setiap individu Muslim yang berkemampuan. Setiap apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. itu ada ganjaran bagi mereka yang melaksanakan dengan hati yang ikhlas semata mata kerana Allah s.w.t. Zakat juga merupakan salah satu cara membantu golongan fakir miskin dan sudah semestinya Allah s.w.t. akan membantu mereka yang membantu saudara mereka.
sumber : www.google.com

No comments: