Friday, 3 June 2011

Doa Suami & Isteri. ♥

Assalamualaikum...

Ya Allah... Ya Rahman... Ya Rahim...
Kau ampunilah dosaku yang telah ku perbuat,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah... Ya Wahhab...
Sekiranya suamiku / isteriku ini adalah pilihanMu di Arash,
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.

Sekiranya suamiku / isteriku ini adalah yang akan membimbing tanganku dititianMu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.
Sekiranya suamiku / isteriku adalah bidadara untukku di JannahMu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadhuk akan segala perintahnya.
Sekiranya suamiku / isteriku ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.
Sekiranya suamiku / isteriku ini jodoh yang dirahmati olehMu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suamiku / isteriku ini ditakdirkan bukan diriku seorang, (Ya Allah, mintak dijauhkan)
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu.
Sekiranya suamiku / isteriku tergoda dengan keindahan duniaMu,
limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.
Sekiranya suamiku / isteriku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
kurniakan aku kekuatanMu untuk aku perbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku / isteriku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah Ya Mutakabbir...
Kau Yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai.
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami / isteri,
Kau hukumlah aku didunia tapi bukan di akhiratMu.
Sekiranya aku engkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu.

Ya Allah...
Sesungguhnya,
Aku lemah tanpa petunjukMu.
Aku buta tanpa bimbinganMu.
Aku cacat tanpa hidayahMu.
aAku hina tanpa rahmatMu.

Ya Allah...
Kuatkanlah hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cabaranMu,
Jadikanlah aku suami / isteri yang disenangi isteri / suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah / suami soleh
hanya padaMu ya Allah, ku pohon segala harapan.
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu.
Kerana aku sedar hinanya aku.
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru.
Kerana ku leka dengan keindahan duniaMu.
Kerana kurangnya kesabaranku menghadapi cabaranMu.
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu.

Ya Allah Ya Waliyy
Aku hanya ingin menjadi suami / isteri yang dirahmati,
Suami / isteri yang dikasihi,
Suami / isteri yang soleh/a,
Suami / isteri yang sentiasa di hati.

Ya Allah..
Berkatilah perkahwinan kami.

Amin... Amin Ya Rabbal Alamin...

No comments: