>

Thursday, 25 October 2012

Salam AidilAdha, 1433H.

Assalamualaikum...

Orang lain dah sibuk balik kampung halaman, aku masih di dalam office menyiapkan kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan mengikut dateline yang aku sendiri tetapkan. Dengan harapan, semuanya kerja-kerja tersebut akan siap dengan sempurna. Walaupun banyak tak terkata sampai pernah ade rasa sebak dalam hati, Alhamdulillah..., aku masih ada encek Suami yang sentiasa memberikan kata-kata sokongan untuk aku meneruskan cita-cita dan impian yang hampir tergendala suatu ketika dulu. Semoga segala cabaran yang harus aku lalui selepas ini, aku dapat atasinya walau dengan apa jua sekalipun. InsyaAllah...

Ikutkan hati, nak balik ke kampung halaman selepas kerja. Tapi encek Suami kena kerja shift malam. Mungkin esok pagi, akan terus gerak ke kampung halaman. Dengan harapan juga, encek Suami dapat balik bersama-sama dengan aku. Biasalah... Bila dah bersuami, terasa malas yang teramat sangat untuk drive jauh-jauh. Kalau terpaksa sangat, barulah akan paksa diri untuk drive seorang diri. Tapi kadang-kadang, best jugak kalau drive sorang-sorang. Boleh singgah shopping dekat mana-mana. :P

Serius. Rindu sangat dekat Mak & Papa. Bila weekends sibuk dengan aktiviti cita-cita, memang agak sukarlah nak balik kampung halaman. Nasib baik Mak & Papa sentiasa faham dari dulu sampailah sekarang. I love you both till Jannah! Tak sabar nak balik esok! Nak bawak Mak & Papa jalan-jalan sampai puas hati. Walaupun sedikit masa yang kita luangkan, asalkan ianya berkualiti dan penuh dengan memori indah itu lebih baik daripada banyak masa yang kita luangkan, tapi tiada memori indah yang perlu diingati.

Semalam balik dari kerja, lalu dekat area MRR2 tersangatlah jammed. Sampai Cheras dalam pukul 6 petang. Janganlah hari ni jammed lagi. Tak sanggup dah nak meredah jammed tatkala cuti umum. Kadang-kadang terfikir jugak macam manalah orang yang kerja dekat KL survive pergi kerja dan balik kerja? Harap-haraplah esok tak jammed dekat Kuala Selangor. Bagilah peluang dekat orang yang kerja jauh dari kampung halaman balik berHari Raya ye. ^__^

Salam Hari Raya Aidiladha 1433H. Dalam kegembiraan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, jangan pula kita lupakan pada mereka yang memerlukan dan sama-samalah kita menginsafi dan semak kembali dan memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik. InsyaAllah...

No comments: