>

Thursday, 18 October 2012

Jatuh Cinta - Running Man.

Assalamualaikum...

Tak sangka walaupun hanya sekali tengok, hati terus jatuh cinta pandang pertama. Serius, tak tipu! Itulah penangan Running Man terhadap life aku sekarang. Sebelum ni, adelah jugak beberapa member di facebook update status tentang Running Man. Masa tu aku ignore je lah tapi aku tahu yang Running Man ni korea punya product. Tapi disebabkan aku membayangkan Running Man ini adalah drama berepisod yang mungkin panjang berjela-jela, and then bila miss satu episod mesti nak tengok lagi dan lagi. Makanya, baik aku elakkan. Karang semua kerja aku tak buat. :P

Satu hari, aku tergerak hati untuk tengok dekat youtube. Itu pun sehabis usaha cari yang full episod. Rupa-rupanya dah 100 lebih episod. Oh, tertinggal bas aku rupanya. :P Terjumpa satu full episod dan try tengok sampai habis. Barulah aku tahu yang Running Man adalah variety show dan confirm tak akan bosan untuk tengok setiap episod. Sampaikan, officemates aku pelik bila dengar aku gelak sorang-sorang dalam lab. Nak buat macam mana, memang sangat kelakar dan tak dapat dibendung gelak aku yang agak kuat itu. :P

Part paling best, bila salah seorang coursemates aku bagitahu yang dia ada full episod Running Man dari yang pertama sampailah yang latest. Apalagi, bertambah sukaaalah aku. Kalau dekat office, waktu rehat mesti tengok. Kadang-kadang sambil buat kerja pun mesti tengok. Tapi tak selalulah, nanti terhold pulak kerja yang sepatutnya kena buat. Weekends baru-baru ni dari pagi sampai petang tengok Running Man dengan encek Suami. Walaupun rancangan Astro banyak yang best, tapi penangan Running Man sentiasa nombor satu. Cheeewahhh! Semalam pun balik dari kerja, masak untuk makan malam and then habiskan masa bersama-sama dengan encek Suami tercinta. Memang gelak sakan lah aku dengan encek Suami. Mesti jiran-jiran pelik.
Walaupun dah ketinggalan jauh dan baru je habis tengok episod 7 semalam, aku nak jugak bagitahu yang aku pun salah seorang peminat Running Man. :P Bilalah diorang nak datang Malaysia kan? kan? kan? Eh, tetibe. Hihi. Okeylah, nak sambung breakfast dan buat kerja. Have a barakah day, bloggers. Moga hari ni lebih awesome dari semalam. May Allah give bless on us. :")

No comments: