Wednesday 27 June 2012

Sekiranya Aku Menjadi Pilihanmu. ♥

Assalamualaikum...
sumber : www.google.com
Sekiranya kau pilih aku sebagai permaisuri hati,
pimpinlah aku menuju redha-Nya,

bukan membuka jalan untukku melangkah ke Neraka.

Tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
pandanglah aku dengan kekuranganku,

nilai kembali niatmu masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Sekiranya kau pilih aku sebagai permaisuri hati,
jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
hentikanlah madah-madah terindahmu untukku,
sehingga saat halal itu berlaku.

Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,

kepada yang Menentukan,
aku pinta agar kau sentiasa dalam Istikharah,
agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Sekiranya kau pilih aku menjadi permaisuri hati,
ketahuilah,

tidak ku pinta kemewahan dunia,
tidak ku mahu kaya harta.

Tetapi aku minta,
jadikan aku suri yang bisa mendapatkan Istana di akhirat sana,
berikan aku jaminan,

untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redha-Nya.

Sekiranya kau pilih aku dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
ketahuilah aku akan memilihmu kerana-Nya.

Saat itu apabila aku tertanya-tanya,
kenapa kau memilih aku,
jawapannya ialah “kau memilih aku kerana-NYA”

"Ya Allah, tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya,
biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau redha dan yang ku tunggu sudah tiba..."

"Ya Allah, aku serahkan hatiku pada-Mu, 

jaga hatiku dan kembalikanlah padaku hanya bila Kau mengatakan bahawa dia lah yang terbaik untuk
aku serahkan hatiku padanya..."

"Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Melindungi dan Maha Memelihara,
peliharakanlah hatiku agar aku tidak salah dalam melabuhkan cintaku, 

dan bila aku menemui orang itu, 
tunjukkanlah aku jalan yang meyakinkanku bahawa dialah jodohku yang telah Engkau tetapkan untukku,
bimbinglah aku agar rasa cintaku padanya tidak akan pernah berunsurkan nafsu semata, 

dan agar cintaku sentiasa berada di landasan yang benar,
mencintai untuk mendapatkan redha-Mu
.

"Ya Allah Ya Rabbal Alamin, 

cinta ini memang bukanlah dari-Mu,
dan bukanlah yang telah Engkau pilihkan untukku, 

maka jagalah hatiku dari tergoda,
agar sisi putihnya hati dapat melihat isyarat itu dan terjaga diri ini dari sakit,
kecewa dan cinta yg berlebih kerana hadirnya.

Jagalah hati ini agar hanya tertaut kepada cinta yg terpaut pada-Mu,

berharap cinta ini tertawan, 
oleh yang hatinya telah tertanam untuk mencintai-Mu, 
kudambakan rindu yang hadir menyapa, 
hanya kepada insan yang merindukan sujud kepada-Mu.

Secuil fitrah cinta ini tak pernah mampu menerima cinta-Mu 
meski sebesar zarah. 
Maka biarkan cinta ini hanya berlabuh kepada cinta yang Engkau pilih dan halalkan untukku. 
Sesungguhnya hanya pada-Mu ku berserah...
Aamiin Ya Rabbal'Alamin...
sumber : Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah.

No comments: