>

Tuesday, 19 June 2012

Review - Majlis Perkahwinan BFF, Iena & Rafi (Tema Turquoise).

Assalamualaikum...

Dah baca entry tentang review majlis perkahwinan antara Mieda & Aiman? Kalau sudah, aku nak review pulak tentang majlis perkahwinan antara Iena & Rafi. Walaupun aku rasa dah agak terlambat nak review, tapi aku review jugak lah. Rasa tak best pulak kalau tak review majlis perkahwinan bff sendiri. hewhew. :P Disebabkan terlalu asyik sangat bergambar dengan girlfriends dekat majlis perkahwinan Mieda & Aiman di Teluk Intan, makanya terlambat lah sampa di Sungai Besar. Kalau tak silap, lepas Zohor aku dengan encek Suami sampai di rumah makcik saudara Iena. Takpe lah nak buat macam mana kan? Asalkan sampai. Tapi yang ralat tak dapat jumpa mokcik Ajnija. Alahai, rindunya dekat perempuan yang gila-gila macam Ajnija. Lebih kurang perangai aku lah kot. hewhew. :P

Sampai je dekat rumah makcik saudara Iena, terus terjerit-jerit pengantin panggil nama aku. Ish, dari zaman bertunang sampailah dah kahwin tak reti nak duduk diam. Dah lah waktu tu tengah posing depan photographer. Lagi lah dia tak reti nak duduk diam. Kannn dah kena tegur dengan photographer. hewhew. :P Mulanya, encek Suami taknak makan sebab dah kenyang. Bila encek Suami ternampak makanan jawa (sambal goreng jawa), terus jadi terliur. Mana nak dapat makan makanan jawa atau kampung kalau bukan musim kenduri. Makanya, jangan lepas peluang keemasan. Aku pun sama. Bila nampak pecal denga kerang masak kicap, terus rasa nak makan walaupun dah kenyang.

Tapi... tak banyak gambar yang aku dapat tangkap dengan pengantin. Al-maklumlah, taknak kacau pengantin tengah berposing bagai. Aku letak gambar masa pengantin tengah berphotoshoot je lah ye untuk tontonan bride-to-be di luar sana. Layannn... :')
bff mokcik iena & mokcik ajnija :')
photoshootsss.
Aku suka tengok gambar photoshoot pengantin. Walaupun simple, bagi aku sangat sangat sangat sweet! Pandai betul photographer cari angle yang sesuai untuk pengantin posing. hewhew. :P Kalau korang berkenan dan terasa nak riki-riki atau nak hired photographer ni, boleh tengok facebook beliau di Muhammad Huzaini Hassan.

No comments: