Thursday 14 June 2012

Ganjaran Pahala Untuk Para Isteri.

Assalamualaikum...

Salah satu dari tanggungjawab isteri ialah memberi layanan yang baik kepada suaminya. Amatilah apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam banyak hadisnya mengenai ganjaran untuk para isteri. Antara lainnya ialah :

  1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
  2. Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suami lebih baik daripada isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
  3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengerjakan 1000 ekor kambing untuk sebagai sedekah kepada fakir miskin.
  4. Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
  5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan mesra terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).
  6. Tidak akan putus ganjaran oleh Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya mengembirakan suaminya.
  7. Apabila meninggal dunia seorang isteri sedang suaminya redha nescaya dimasukkan ia ke dalam syurga.
  8. Seorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardukan keatasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suami maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.
sumber : www.google.com
Demikianlah hak dan tanggungjawab isteri terhadap suami dan rumahtangga serta ganjaran pahala dari Allah kepada seorang isteri yang solehah. Untuk suami jadilah yang soleh juga. Sama-sama dan rukun dalam menjalani kehidupan semoga mendapat keberkatan.
sumber : Dunia Macam-Macam.

Alhamdulillah... Tak sangka kan, rupa-rupanya begitu mudah nak dapat keredhaan daripada Allah apabila dilimpahkanNya pelbagai bentuk kebaikan kepada para isteri yang taat pada para suaminya. Untungnya kalau menjadi para isteri yang solehah. :")

4 comments:

msredcheesecake said...

senang kan perempuan nak dpt pahala... usaha je...

msredcheesecake said...

shazam tu kena register tapi takde lah panjang sangat..

Anonymous said...

bertuah kita sebagai wanita :)

AdaNaz87 said...

@Rara Nasiha Alhamdulillah, syukur. :") moga kita berusaha untuk menjadi wanita solehah. InsyaAllah.