Wednesday, 13 June 2012

Saya Suka Tengok Cermin!

Assalamualaikum....

Saya suka tengok cermin...

Dulu, saya suka tengok cermin semata-mata nak tengok cantik ke tak aku ni?

Sekarang, saya suka tengok cermin kerana taknak ada sehelai rambut pun terkeluar. Dah tak kira cantik ke tak.

Dulu, saya suka tengok cermin semata-mata nak bagi nampak bentuk badan tu menarik. Nak tengok baju vogue ke tak.

Sekarang, saya suka tengok cermin untuk pastikan baju yang dipakai, tak nampak bentuk badan. Pastikan jubah tak ada yang koyak.

Dulu, saya suka tengok cermin, semata-mata mahukan pandangan lelaki.

Sekarang, saya suka tengok cermin, kerana mahukan pandangan dari Allah. :')

Ya Allah, betapa buruknya aku dahulu.

Sekarang, aku cantik dari pandangan Mu. Alhamdulillah... 
sumber : Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah.

No comments: