Saturday, 16 June 2012

Review - Korean Drama My Girl.

Assalamualaikum...

Korean/Japan drama series sentiasa menjadi tontonan favourite setiap kali aku boring sangat sangat sangat sampai tak tahu nak buat apa. Kadang-kadang dekat office time lunch hour, kalau aku malas nak keluar dan hanya tapaw dari cafe food tech, mesti nak tengok korean/japan drama series. Dalam banyak-banyak genre, aku lebih prefer jalan cerita yang berunsurkan komedi. Tak suka jalan cerita yang terlalu complicated dan terlalu loving dovey sangat. Eh yeke? :P

My Girl. Siapa yang tak pernah tengok kan? Drama series yang paling popular masa aku belajar dekat politeknik dulu. Paling aku ingat, setiap hari jumaat mesti stay up. Bukan stay up nak study ke ape, tapi stay up sebab nak tengok drama ni secara berjemaah dengan housemates aka best friends forever aku. Masa ni masing-masing excited. Sanggup tu berjaga sampai 2-3 pagi semata-mata nak bersengkang mata dengan harapan nak tengok setiap drama ni sampai habis. Tapi memang tak lah. Banyak kot episod. 2-3 hari baru khatam. :P How time flies. Banyak betul kenangan silam yang indah untuk dikenang. :')

Hari Jumaat, aku tengok drama ni sampai pukul 1 pagi. Geleng-geleng kepala encek Suami. Nasib baik encek Suami layankan je. Lagipun waktu cuti lah waktu untuk tidur lambat. Kalau waktu kerja, tidur awal ye. :P Itupun hari ni sambung balik tengok sampai tinggal lagi 2 episod nak habis. Nak buat macam mana, encek Suami kerja petang Sabtu & Ahad. Keseorangan lah di rumah. Padahal dah banyak kali aku ulang tengok drama ni. Tapi serius, tak pernah boring. Sebab ade scene lawak. Dan yang paling penting kawaiii!
sumber : www.google.com
Joo Yoo Rin merupakan salah seorang pemandu pelancong di sebuah syarikat kecil yang bertanggungjawab menjalankan pelancongan mini di Pulau Jeju Korea Selatan. Bapanya merupakan seorang yang ketagih terhadap perjudian. Walaupun bapanya sentiasa melarikan diri kerana hutang-piutang yang ditanggung olehnya, Yoo Rin akan sentiasa mencari jalan untuk membantu bapanya membayar kembali hutang-piutang tersebut. Walaupun begitu, Yoo Rin tetapi gembira selagi dia mempunyai ayahnya di sisinya. Disebabkan ketagihan perjudian bapanya, mereka berdua terpaksa bergerak dari satu negara ke negara yang lain apabila bagi mengelakkan daripada para pemiutang. Ini menjadikan Yoo Rin fasih dalam bertutur bahasa Cina dan Jepun. Seol Gongchan merupakan satu-satunya pewaris L'Avenuel Hotel di mana ia merupakan salah satu hotel terkemuka di Korea. Datuknya, Seol Woong terlantar di hospital akibat kekesalannya tidak dapat menemui cucunya di mana pada masa dulu, datuknya tidak merestui perhubungan makciknya berkahwin dengan seorang lelaki bukan pilihan keluarga. Akhirnya, makciknya sekeluarga dihalau keluar dari rumah datuknya. Apabila datuknya sudah berubah hati dan ingin menerima kembali anak perempuannya, satu gempa bumi telah melanda dan mereka mendapat maklumat makciknya bersama pakciknya telah mati. Yang tinggal hanya  sepupunya yang tidak diketahui masih hidup atau mati. Sejak dari kejadian tersebut, semua hubungan dengan kerabat keluarga di sana telah terputus. Kim Seohyun merupakan teman wanita Seol Gongchan. Sebuah bintang yang semakin meningkat di dalam dunia tenis. Dia kembali ke Korea setelah memenangi perlawanan tenis yang dicita-citakannya selain untuk mencuri kembali hati Gongchan setelah ditinggalkannya tanpa berita hampir 2 tahun akibat mengejar impiannya. Seo Jung Woo adalah anak kepada salah satu pemegang saham utama Avenuel L'Hotel dan juga kawan baik Seol Gongchan. Tidak seperti Gongchan yang bertanggungjawab dan rajin, Jung Woong seorang yang suka mendampingi ramai wanita. 
Kisah bermula apabila Yoo Rin terpaksa berlakon di hadapan krew penerbangaan untuk melambatkan penerbangan. Akhirnya, penerbangan ditangguhkan sementara dan Yoo Rin diberi peluang oleh krew penerbangan untuk mencari lelaki yang dimaksudkannya di dalam kapal terbang. Sambil mencari lelaki tersebut, Yoo Rin terpaksa berpura-pura pengsan apabila pelancongnya belum sampai di dalam kapal terbang. Malangnya, dia pengsan di tempat duduk Seol Gongchan yang dapat mengesan bahawa Yoo Rin sedang berpura-pura pengsan. Walaupun pertemuan pertama mereka adalah agak aneh, ia tidak meninggalkan banyak kesan dalam fikiran antara satu sama lain. Nak tahu apa kesinambungannya? Kenalah tengok sendiri. hewhew. :P Memang tak rugi tengok bila tengah bosan. Sebab ianya memang kelakar plus agak lovey-dovey.  

No comments: