Assalamualaikum...
Di Sebalik Kejadian Lidah,
Maha Kuasanya Tuhan,
Maha Besarnya Dia,
Kerana kejadian lidah manusia sahaja pun terasa ayat-ayat kebesaran dan kekuasaan-Nya.
Tapi hati ramai manusia sudah buta,
Tidak terasa lagi kebesaran Tuhan dan kekuasaan-Nya.
Lidah kalau merasa makanan atau minuman boleh pula bertukar-tukar rasanya,
Lidah yang satu boleh merasa berbagai-bagai rasa,
Satu lidah rasa yang dia alami sungguh banyak.
Macam-macam yang dimakan,
Dia merasa berbagai-bagai rasa.
Ada yang dimakan merasa manisnya,
Ada yang dimakan dan diminum rasa masam dan pahit.
Begitulah seterusnya ada rasa payau, loya, kelat, tawar,
Ada yang rasa bercampur-campur manis, masam begitulah seterusnya,
Rasanya yang banyak oleh satu lidah.
Satu lidah merasa berbagai-bagai rasa mengikut apa yang dimakan dan diminum.
Maha Besar Tuhan, Maha Berkuasanya Allah.
Kalau apa yang dicakapkan oleh lidah pula,
Berbagai rasa pula yang dirasa oleh orang ramai yang mendengarnya.
Ajaib juga lidah punya hal orang ramai hatinya,
Boleh berlaku bermacam-macam rasanya oleh satu lidah apabila lidah berucap.
Percakapan satu lidah boleh orang ramai bermacam-macam rasanya.
Dari lidah orang boleh marah, sakit hati, benci, meluat.
Lidah menjadikan orang bersemangat, pemurah, pemaaf, kasih dan sayang.
Lidah boleh jadikan orang baik, jahat, berdendam dan berbalah.
Dari lidah orang boleh berkelahi, bergaduh, dan berperang bertumpah darah.
Sungguh ajaib lidah di sini dapat terasa Maha Berkuasanya dan Maha Besarnya Tuhan (Allah).
Tapi berapa ramai yang terasa?
Kebesaran Allah dan Kuasa-Nya?
Dari kejadian lidah?
Tidak ramai yang merasanya,
Kerana hati manusia sudah ramai yang buta.
Kalaulah hati manusia celik dengan lidah pun sudah cukup,
Gementar hatinya merasa kebesaran Tuhannya.
sumber : Dunia Macam-Macam.
sumber : www.google.com |

No comments:
Post a Comment