>

Wednesday, 16 May 2012

Sokongan Mogok Lapar Di Palestin!

Assalamualaikum...


Bila ternampak default picture (dp) kawan-kawan dekat facebook semuanya bertukar warna coklat, aku jadi pelik. Mana taknya, ingatkan ade isu bersih dah bertukar jadi warna coklat ke. Mana lah tahu kan? Sambil tercari-cari sebab dan kenapa ramai bertukar wajah, terjumpalah beberapa artikel yang di post kan oleh beberapa pages Islamic. Alhamdulillah... Baru lah aku tahu kenapa ramai yang menunjukkan minat untuk bertukar default picture masing-masing. Ini adalah bukti sokongan rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk mogok lapar yang telah dilakukan oleh tahanan zionis. Kelmarin saya sudah pun menukar default pictures saya. Anda semua bila lagi?

Mari la kita semua support saudara-saudara di Palestin dengan menukar dp atau default picture Facebook masing-masing yee sebagai tanda sokongan padu terhadap mereka yang akan melancarkan mogok lapar oleh tahanan zionis.


SEBARKAN!
Jom tukar Profile Picture Kita. Pilih mana-mana satu individu dalam gambar untuk di crop. Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar. Demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika ini. 


Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas BANDUAN BERANI MATI.

(*Logo di sebelah kanan ertinya “Shabas” dan ia merupakan singkatan bagi “Perkhidmatan Penjara Israel)



Tahanan Palestin mogok lapar memerlukan bantuan anda, sila berkongsi ini dengan kawan anda untuk menyebarkan kesedaran mengenai mogok lapar yang terbesar dalam sejarah.
Bilal Thiab – 77 Hari
Thaer Halahleh – 77 Hari
Hassan Safadi – 71 Hari
Omar Abu Shallal – 69 Hari
Mohammedd Al-Taj – 61 Hari
Mahmoud Sarsak – 55 hari
Faris Al-Natur – 48 hari
Jafar Ezz Al-Din – 54 Hari
Abdallah Al-Barghouthi – 33 Hari
lebih daripada 2000 Banduan – 28 Hari.



Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.


The Palestinian prisoners on hunger strike need your help, please share this with your friends to spread awareness about the biggest hunger strike in history.
Bilal Thiab … 77 Days
Thaer Halahleh … 77 Days
Hassan Safadi … 71 Days
Omar Abu Shallal … 69 Days
Mohammedd Al-Taj … 61 Days
Mahmoud Sarsak … 55 Days
Faris Al-Natur … 48 Days
Ja’far Ezz Al-Din … 54 Days
Abdallah Al-Barghouthi 33 Days
more than 2000 Prisoner …. 28 Days



Hasbunallahu wani' mal wakil...
Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. (Ali Imran : 173)
sumber : Tegakkan Khilafah Islamiyah.

2 comments:

aRa ❤ aFiq™ said...

mula2 tgk org tukar DP pelik jugak.. huhu

AdaNaz87 said...

@aRa ❤ aFiq™ hihi. moga kita sentiasa support free of Palestine!