Assalamualaikum...
Sahabat atau dengan nama lain kawan atau member. Dalam hidup kita ni, memang sukar untuk hidup keseorangan malah semua orang ada sahabat dan Rasulullah sendiri mementingkan sebuah persahabatan malah dituntut juga oleh Agama.
Habis tu? Macam mana nak dapat sahabat yang betul-betul mengenal erti persahabatan?.
Nak dapat kawan yang betul-betul menghargai kawan yang lain memanglah sukar. Sebab kita sendiri pun masih teragak-agak dalam mengenali erti persahabatan Sebab itulah Sahabat Biar 1, Tetapi Dapat Menandingi 1000 Yang Lain. Dalam seribu kawan kita, mesti ada 1 yang betul-betul ikhlas nak bersahabat. Tapi kita sedar atau tidak?. Sahabat yang sentiasa mengambil berat, sentiasa memikirkan perihal kita dan sentiasa bersama walaupun kita senang ataupun susah ada dikalangan 1 ribu tersebut.
Seorang sahabat yang baik tidak boleh diambil kira dari kata-kata sahaja seperti 'Saya kawan baik awak' atau 'You are my best friend forever' . Ianya berlaku ke atas tindak tanduknya sendiri. Sebagai contoh, ketika kita sakit dan berjauhan dari keluarga, kita lihat sahaja sahabat mana yang datang kepada kita, bertanyakan kesihatan kita dan menjaga kita. Rasanya dalam seribu itu ada yang datang kepada kita? Cuba pula situasi kedua, kita berwang, kita kaya dan mencari sahabat. Rasanya dalam seribu itu ada yang datang kepada kita? Atau akan ada lebih lagi datang mendekati kita?.
Tepuk dada, tanya iman, Kuatkah iman kita untuk menjadi sahabat yang baik. Sahabat yang mementingkan erti persahabatan dan menjaga silaturahim antara sahabat seagama dan melupakan semua perkara duniawi dan nafsu? Dalam islam juga sangat-sangat mementingkan dalam pemilihan sahabat.
Oleh itu, sentiasalah muhasabah diri kita, lihat sekeliling dan berdoalah semoga kita sentiasa mendapat sahabat yang 1, tetapi dapat menandingi 1000.
Memang benar “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Tapi, yang lebih tepatnya ialah 'Berkawan biar satu, berkasih biar satu, tetapi menandingi seribu kawan dan kekasih.
Semoga kita semua dianugerahkan sahabat yang setia dunia dan akhirat. InsyaAllah...
sumber : Dunia Macam-Macam.
"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh." -Saidina Umar Al-Khattab
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)Tapi kita sedar atau tidak, zaman sekarang ini bukan seperti zaman dahulu, sahabat zaman Rasulullah sangat-sangat setia dan mementingkan persahabatan. Kini? Apa yang kita dapat? Back Stabber? Pencukur? Talam 2 muka? Sakit hatikan bila kita mendapat kawan begini?
Habis tu? Macam mana nak dapat sahabat yang betul-betul mengenal erti persahabatan?.
Nak dapat kawan yang betul-betul menghargai kawan yang lain memanglah sukar. Sebab kita sendiri pun masih teragak-agak dalam mengenali erti persahabatan Sebab itulah Sahabat Biar 1, Tetapi Dapat Menandingi 1000 Yang Lain. Dalam seribu kawan kita, mesti ada 1 yang betul-betul ikhlas nak bersahabat. Tapi kita sedar atau tidak?. Sahabat yang sentiasa mengambil berat, sentiasa memikirkan perihal kita dan sentiasa bersama walaupun kita senang ataupun susah ada dikalangan 1 ribu tersebut.
Seorang sahabat yang baik tidak boleh diambil kira dari kata-kata sahaja seperti 'Saya kawan baik awak' atau 'You are my best friend forever' . Ianya berlaku ke atas tindak tanduknya sendiri. Sebagai contoh, ketika kita sakit dan berjauhan dari keluarga, kita lihat sahaja sahabat mana yang datang kepada kita, bertanyakan kesihatan kita dan menjaga kita. Rasanya dalam seribu itu ada yang datang kepada kita? Cuba pula situasi kedua, kita berwang, kita kaya dan mencari sahabat. Rasanya dalam seribu itu ada yang datang kepada kita? Atau akan ada lebih lagi datang mendekati kita?.
Tepuk dada, tanya iman, Kuatkah iman kita untuk menjadi sahabat yang baik. Sahabat yang mementingkan erti persahabatan dan menjaga silaturahim antara sahabat seagama dan melupakan semua perkara duniawi dan nafsu? Dalam islam juga sangat-sangat mementingkan dalam pemilihan sahabat.
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)Pilihlah kawan yang memberi kewangian kepada diri kita bukan yang akan membakar kita dan meninggalkan bau yang hapak malah yang lebih teruk akan membuatkan kita di pandang tidak elok dari pandangan Allah SWT. Tidak mahu bukan?
Oleh itu, sentiasalah muhasabah diri kita, lihat sekeliling dan berdoalah semoga kita sentiasa mendapat sahabat yang 1, tetapi dapat menandingi 1000.
Memang benar “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Tapi, yang lebih tepatnya ialah 'Berkawan biar satu, berkasih biar satu, tetapi menandingi seribu kawan dan kekasih.
Semoga kita semua dianugerahkan sahabat yang setia dunia dan akhirat. InsyaAllah...
sumber : Dunia Macam-Macam.
No comments:
Post a Comment