Assalamualaikum...
Ada seorang lelaki ni, dia duduk
dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ini sangat cantik. Dia
pakai baju lengan panjang dan bertudung, tapi sayang baju dia ketat.
Walaupun bertudung tapi sayang tudung
dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk
yang menonjol di dada perempuan itu.
Si lelaki ini, masa mula-mula dia
duduk di sebelah perempuan tu dia masih dapat ‘control’ lagi. Tapi bila dia
ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada
perempuan itu terus melekat di dalam kepala.
Lelaki tu berusaha menundukkan
kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang
bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.
Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan
masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. “Kau
bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar,
macam mana pulak kalau kau tengok ‘real’ kan?”
Puas lelaki itu melawan godaan
syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.
Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan
tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada
perempuan yang montok itu puas-puas.
Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke
arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak
arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.
“Bodoh! Lelaki gatal! Mata
keranjang!” Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu
dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan
muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya.
Kononnya lelaki semuanya bernafsu
buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?
Pernah tak lelaki jadi begitu
bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan
menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju
mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak
korang bayangkan situasi ni pulak.
Ada seorang lelaki, di sebelah dia
ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan
bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat
cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik
wajahnya.
Tetapi apabila lelaki itu terlihat
bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu,
nafsunya naik dengan mendadak. You see the difference? This is reality. Ramai
aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu.
Bukan aku nak kondem
perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake
of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada
pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Aku sendiri kalau dah ternampak buah
dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang
gila-gila punya.
Aku tau, lelaki patut menundukkan
pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok
seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni :
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman : “Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke
atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis
dalam surah An-Nuur ayat 31 ni :
Katakanlah kepada wanita yang beriman : “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.
Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN TUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka..
Atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
You see that? Maafkan aku sekiranya
bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang
terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan
bersama jugak.
Jangan salahkan lelaki saja bila
mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak
bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua
pihak adalah bersalah.
Aku harap, selepas ini
perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan
masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang
besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat
diri sendiri.
Adakah korang sanggup bila lelaki
selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau
pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat
korang dengan penuh kehormatan.
✍ Renung-renungkanlah wahai wanita
yang amatku sayang. Jangan jadikan fesyen zaman sekarang sehingga menyebabkan
maruah anda sendiri yang tergadai!
sumber : https://www.facebook.com/pages/Dunia-macam-macam/217437684960788
sumber : https://www.facebook.com/pages/Dunia-macam-macam/217437684960788
No comments:
Post a Comment