Assalamualaikum...
Apabila seseorang itu berbadan gemuk, pasti ingin kurus. Apabila seseorang itu berbadan kurus, pasti ingin gemuk. Fitrah manusia yang tidak pernah puas dengan kesempurnaan yang telah Allah SWT ciptakan. Semua orang pasti pernah mengalaminya bukan?
Dalam kehidupan masa kini, ade sesetengah orang yang risau apabila dirinya terlalu kurus. Penyakit bukan hanya menyerang kepada orang yang mempunyai badan gemuk tetapi juga kepada orang yang mempunyai badan kurus. Ia mungkin berlaku disebabkan oleh faktor genetik. Mungkin juga kerana terdapat masalah terhadap sistem penyerapan dan pencernaan manusia atau disebabkan jumlah pengambilan kalori serta zat dalam diet pemakanan yang tidak seimbang.
Jadi, kepada golongan yang berbadan kurus mungkin boleh mengamalkan beberapa petua supaya badan yang kurus boleh ditambahkan beratnya menjadi sihat dan seimbang. Antaranya :

- Mengambil makanan yang tinggi kalori, protein dan garam galian.
- Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari.
- Makan secara kerap. Jika tidak mempunyai selera makan, boleh makan lima atau enam kali hidangan kecil sehari.
- Pada waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protein tinggi.
- Melakukan senaman secara teratur.
- Selepas selesai senaman, boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi.
- Mengamalkan pemakanan mengikut piramid pemakanan Malaysia.
- Sokongan makanan tambahan.
sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah SWT ciptakan. ((= |
No comments:
Post a Comment