>

Thursday, 8 March 2012

SBPA Dibatalkan Dan SSM DitambahBaik.

Assalamualaikum...
PUTRAJAYA 8 Mac 2011 - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Sementara itu, Najib turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.

"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM." katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripa RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.

"Kerajaan juga bersetuju Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayara Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayawan Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

"Kepada para guru jangan gundah gulana. Kerajaan amat komited terhadap kebajikan dan prihatin terhadap kebimbangan anda. Di sini, saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan keputusan penambahbaikkan laluan kerjaya berdasarkan prinsip 'time-based' Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012." katanya.

Justeru, Mohd Najib berharap keputusan tersebut dapat meredakan ketidakpuasan hati yang wujud di kalangan penjawat awam di semua peringkat.

"Bagi isu-isu lain berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan, perkara ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang saya umumkan."

"Saya berdoa ke hadrat Allah SWT agar keputusan yang dibuat ini mudah-mudahan menjadi penyelesaian terbaik bagi manfaat seluruh penjawat awam," katanya.


Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut :
  1. Pelarasan gaji sebanyak 13% bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulan pelaksana di Gred 1 hinggan Gred 54.
  2. Pelarasan gaji sebanyak 9% untuk gred utama dan gred khas, A, B dan C.
  3. Pelarasan gaji sebanyak 8% untuk Turus III dan Turus II.
  4. Pelarasan gaji sebanyak 7% untuk Turus I dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Alhamdulillah, gaji kakitangan kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana diselaraskan sebanyak 13%. Maka, tiadalah penindasan terhadap rakyat dan kesemerataan antara semua pihak samada golongan atasan dan golongan bawahan telah terbukti.