Saturday, 11 February 2012

Kalkulator Berat Jisim Badan - Berat Badan Ideal?

Assalamualaikum...

Bulan ni akhirnya aku berjaya untuk menaikkan berat badan. Kalau dulu berat badan 47-48 kg, tapi sekarang dah naik sampai 50 kg. Mana taknya, tiap² hari ade je aktiviti masak-memasak dengan encek Suami. :P Dalam suka bila berat badan dah naik, tertanya² jugak samada berat badan aku ni ideal atau tak. Terlebih kurus atau berat pun tak boleh jugak. Betul tak?

Sambil² blogwalking, ternampak entry dekat blog http://kutooobamboo.blogspot.com/ pasal Kalkulator Berat Jisim Badan. Kalau nak tahu berat anda samada ideal atau tak, boleh lah gunakan alat ni. Sangat² mudah untuk menggunakannya! Hanya masukkan ketinggian (cm), berat badan (kg), umur (tahun) dan jantina (perempuan atau lelaki). Alat ini secara automatiknya akan menunjukkan samada berat badan anda adalah kurus, ideal ataupun berlebihan. 
ni berat badan aku. "lihat pinggangku, ramping kan?" :P

Nak cuba kira? Boleh click dekat link http://my.churpchurp.com/ericoanaci/share/gayahidupsihat-healthy/. Yang terlebih kurus tu, kena makan banyak². Yang terlebih berat badan, kena kurangkan makan. Yang berat badan unggul kena maintain sentiasa. Apapun, kena rajin²kan diri bersenam dan amalkan gaya hidup sihat ye, kawan²