Friday, 10 February 2012

Bacaan & Maksud Dalam Solat.

Assalamualaikum...

Kita rasa kita dah solat 5 waktu sehari semalam dengan sebaik-baiknya. Tapi adakah kita tahu makna setiap bacaan yang kita tuturkan di dalam solat itu? Kita rasa solat kita dah sempurna, tapi sebenarnya tidak. Kita hafal ayat yang kita baca, tetapi kita tak faham maksud setiap ayat tersebut. Kita masih lagi JAHIL. Betul tak? Entry kali ni aku nak share dengan korang tentang maksud bacaan solat yang kita tunaikan setiap hari. Semoga ianya bermanfaat. InsyaAllah...
5 kali sehari sekurangnya didarabkan dengan hari dan tahun kita semenjak cukup umur sehingga penghujung usia kita, adakah ada sebab kita tidak boleh memahami maksud ini lagi? Ya Allah, bantulah kami. Allah Maha Besar.
  • Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
 dengan suasana lurus dan berserah diri.
dam aku bukan dari golongan orang musyrik
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

  • Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alamYang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah
dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

  • Bacaam Rukuk
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan segala puji-pujiannya.

  • Bacaan Ketika Bangun Dari Rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujiNya.

  • Bacaan Ketika Iktidal
Maha Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

  • Bacaan Ketika Sujud
Maha Suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

  • Bacaan Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud
Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berikanlah daku hidayah, sihatkanlah daky dan maafkanlah akan daku.

  • Bacaan Ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, Selawatkan lah ke atas Nabi Muhammad.

  • Doa Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, Selawatkan lah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

  • Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa=apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tertapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Wallahua'lam...

Penghayatan bacaan yang disertai pengertian dengan makna bacaan dalam solat benar-benar memberi seribu penghayatan khusyuk dan kemanisan dalam solat. Tidak disangkal lagi khayal terhadap Allah SWT ini mencipta sifat ikhlas dan cinta akan Nabi dan mengenal Allah dengan sebaiknya. Semoga Allah menunjukkan Jalan kebenaran yang sebenarnya dan memakbulkan doa-doa di dalam solat. Amin ya rabbal alamin.
sumber :