Assalamualaikum...
Umar Al-Khattab RA berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan iaitu :
Duduk di pasar atau kedai supaya manusia hilang sifat jimat-cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT.
Menghasut sultan atau raja atau pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan dan kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras).
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah SWT. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
- Daasim (berilah SALAM sebelum masuk ke rumah)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api atau matahari.
Wallahua'lam...
Jazaa Kallaahu Khairan,
http://www.mymasjid.net.my/koleksi-artikel/display/711/9-jenis-syaitan-waspada/
Tegakkan Khilafah Islamiyah