Assalamualaikum...
Kebetulan tengah melipat baju depan televisyen, tertengok movie Jepun "A Tale Of Mari And Three Pupies". Makin lama makin khusyuk pulak aku layan movie tu. Terbantut pulak nak masak tengah hari untuk encek Suami. Dah lah encek Suami call bagitahu habis kerja pukul 2 petang. Banyak kali jugak aku usha² jam. Dengan harapan dapat tengok movie ni sampai habis dan tanpa gangguan sesiapa. Dan sempat jugak lah aku masak tengah hari sebelum encek Suami sampai depan rumah. ƗƗuƗƗuƗƗu "̮
Kebetulan tengah melipat baju depan televisyen, tertengok movie Jepun "A Tale Of Mari And Three Pupies". Makin lama makin khusyuk pulak aku layan movie tu. Terbantut pulak nak masak tengah hari untuk encek Suami. Dah lah encek Suami call bagitahu habis kerja pukul 2 petang. Banyak kali jugak aku usha² jam. Dengan harapan dapat tengok movie ni sampai habis dan tanpa gangguan sesiapa. Dan sempat jugak lah aku masak tengah hari sebelum encek Suami sampai depan rumah. ƗƗuƗƗuƗƗu "̮
Memang berjurai² air mata aku masa tengok movie ni. Boleh dikatakan setiap scene dalam movie ni, betul² menyentuh perasaan aku. Sampai naik bengkak mata aku sebab banyak sangat menangis. Tak kering² pulak tu. Nak buat macam mana, aku ni memang pencinta haiwan. Tak kisah lah, kucing ke, anjing ke, harimau ke, ular ke, panda ke ataupun lain². Kalau mana² haiwan kena tendang ke, kena pukul ke, mati ke, luka ke atau apa sekalipun, hati aku memang cepat sensetip! Sedih sangat sebabnya haiwan takde akal untuk berfikir tapi manusia yang ade akal fikiran tergamak nak buat haiwan sebegitu rupa. ))= Naluri aku memang macam tu sejak kecik lagi. Sebab tu, salah satu impian aku bila dah pencen nanti nak buat rumah untuk kucing atau haiwan terbiar. InsyaAllah... ((=
Okeylah, jom baca sinopsis tentang movie Jepun ni. Memang best dan tak rugi tengok! Aku yang dah tengok ni pun terasa nak download. Lepas ni, boleh tengok dan menangis banyak² kali. :P
A Tale Of Mari And Three Puppies mengisahkan seekor anak anjing, Mari yang dijumpai di dalam sebuah kotak oleh dua orang budak perempuan dan lelaki iaitu Aya dan Ryoto. Aya ingin membawa anak anjing itu pulang ke rumah tetapi dihalang oleh abangnya, Ryoto kerana yakin bahawa ayah mereka tidak suka. Setelah beberapa kali menghalau anak anjing tersebut, ia tetap mengikut mereka dari belakang.
Aya dan Ryoto masing² mencari idea supaya keluarga mereka membenarkan mereka berdua membela anak anjing tersebut. Tetapi, ia dihalang oleh ayah mereka dan berlaku sedikit pertengkaran. Akhirnya, Aya mengambil keputusan untuk lari dari rumah dan kemudian dijumpai oleh keluarga mereka di kawasan di mana anak anjing itu ditemui. Ryoto memberitahu ayahnya bahawa, Aya sangat kasihan terhadap anak anjing itu kerana ia tidak mempunyai ayah dan ibu dan pasti terasa kesunyian. Kebetulan, ibu Aya telah meninggal dunia ketika Aya masih kecil lagi. Kemudian, ayah mereka mengambil keputusan untuk membela anak anjing tersebut.
Keluarga mereka bertambah gembira dengan kehadiran Mari. Setahun kemudian, Mari telah melahirkan 3 ekor anak yang sangat comel. Tetapi, kehidupan mereka diduga dengan gempa bumi yang sangat dahsyat. Perkampungan Yamakoshi tempat di mana mereka sekeluarga tinggal juga musnah. Adakah Aya dan keluarganya selamat? Apakah yang terjadi terhadap Mari dan anaknya? Adakah peluang untuk mereka terus bersama dengan keluarga Aya?
Masa part sedih, aku rasa aku menangis macam budak ni menangis. Punya lah teresak². Nasib baik encek Suami takde. Kalau tak, memang kena bahan aku nanti. Tapi... Masa aku menangis, pandang kiri kanan jugak lah takut² kalau jiran sebelah terdengar. Karang pelik pulak jiran aku dengar orang dewasa menangis bagai nak rak. Apapun, memang tak rugi aku habiskan masa berjam² semata² nak tengok movie ni sampai habis. Aku bagi 10/10! Kalau korang nak tahu endingnya, kena lah tengok dekat youtube. Kalau aku bagitahu, tak supriselah namanya. :P
5 comments:
Kite pun nangis tgk cite ni tadi, sungguh tacing ! Cite benar kan? (mybe)
@Rin Pinky, tak pasti. tapi rasenye based on real story. kena search balik kat tenet.
tacing sampai bengkak² mate. :P
yg saya tengok sorang abg curik sekor anak anjing untuk buat present bagi kat adik pompuan dia yg umo 5-6 tahun camtu sempena bday dia.diorang takde ayah & mak diorang entah pergi mana.so si abg yg jaga adik.
anjing tu membesar & jadi besfren adik.tiap2 hari teman adik mewarna etc.tgh hari adik & anjing tu gi bus stop tggu abg blk skolah.
eh nk cite pjg pulak.tp ending sgt2 sedih.blh jurai2 air mata.cite jepun gak tapi dah lama.tak ingat la tajuk apa.
@QUEENPINK, kite jarang join contest. sorry. -.-
@nurul, mesti best kan cite yang nurul tengok. kalau dah tahu cite tu ape, share dengan kite tau. mane tahu leh download ke. ((=
Post a Comment