>

Friday, 21 October 2011

Big Bad Wolf Book Sale di Maeps, Serdang.

Assalamualaikum...
Last week, kawan² induksi ade announcement dekat group facebook dekat Maeps, Serdang ade books sale. Alang² dah dekat dengan office, baik aku pergi je. Lagipun kawan² bagitahu ade sale dari 75% hingga 95%. Mana nak dapat buku tebal dengan harga yang murah kan? Selalunya beli buku dekat MPH pun, harga buku yang tebal dah rm50 ke atas. Peluang bukannya datang banyak kali. Betul tak? Kebetulan officemates ajak aku pergi tengok² buku dekat sana, aku pun apalagi join je lah. Lagipun orang nak bawak kan? ƗƗuƗƗuƗƗu "̮

Masa sampai dekat depan dewan Maeps tu, punya lah ramai orang! Siap kena beratur lagi. Terasa macam budak² sekolah pulak. ƗƗuƗƗuƗƗu "̮ Mungkin organiser nak pastikan keadaan dekat dalam dewan tu terkawal kot. Lagipun, masa dapat masuk dalam dewan, lagi lah ramai orang. Bila aku dapat bau buku, wow! Bestnyeee sampai tak terkata! Serius, aku memang suka sangat bau buku. Kalau keluar dengan encek Suami pun, mesti singgah kejap dekat kedai buku. Bukannya nak buat apa pun. Tapi nak bau buku je. Kadang² encek Suami pelik jugak dengan perangai aku ni. Tapi... Bila dah lama² dah biasa dah dengan perangai isteri dia. ƗƗiƗƗiƗƗi "̮

Ala, baru je nak tunjuk buku² yang aku beli dekat sana. Tapi tertinggal lak dalam pink lappy dekat rumah. Takpelah, nanti baru upload ye. Aku tunjuk dulu gambar sepanjang books sale dekat sana. Semuanya aku ambil dari facebook Big Bad Wolf Books dan http://travelmalaysiablog.com.
trams untuk kemudahan visitors dari parking area
it's a horrible shame not to buy these...
ingat nak masuk je beratur? bayar pun kena beratur lagi panjang!
So far, memang tak rugi pergi dekat sini. Sangat² berbaloi. Sebab kebanyakkan buku² dekat sini dijual dari harga rm3 hingga rm10 depends pada buku yang kita pilih. Penuh jugak lah rak buku dekat rumah tu. Nanti kalau ade event macam ni lagi, nak pergi lagi lah! Korang pun jangan lepaskan peluang okey?