Tuesday, 12 July 2011

Kenapa Mesti Kereta Purple?

Assalamualaikum...

Masa tengah tunggu encek Suami balik dari kerja, sambil online sambil tengok drama Juvana tiba² ternampak iklan kereta toyota vios. Woot woot! Terus mata tak berkedip sampai iklan tu tamat. Kereta toyota vios tu warna purple lah! Warna favourite aku sejak dari darjah 1 lagi. Oh! Sssuuukkkeeennnyyyeee!!! Sebelum ni, perodua myvi elegance warna purple yang keluar. Sekarang ni toyota vios warna purple pulak? encek Suami, Sayang nak trade in baby myvi se dengan salah satu kereta warna purple ni boleh? ƗƗiƗƗiƗƗi "̮  

Genap setahun aku kerja, mula lah tercari² nak beli kereta mana satu. Tapi, sebelum nak beli kereta perkara pertama sekali yang aku fikir, aku mampu ke tak nak beli kereta tu? Kalau ikutkan hati, kereta yang aku minat dari dulu sampai sekarang, off course lah honda civic dengan harrier. 
Kalau dulu, dating dengan encek Suami tiba² ternampak kereta² ni dekat jalan raya, mesti aku jadi tak tentu arah. Mesti nak cakap dekat encek Suami walaupun dah beribu² kali cakap benda yang sama. ƗƗAƗƗAƗƗA. Nak buat macam mana kan? Dah sssuuukkkeee. ƗƗiƗƗiƗƗi "̮  Walau suka sampai makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena pun, kalau dah tak mampu, buat cara tak mampu.


So, jalan penyelesaian, kena survey dulu actual price kereta yang anda hendak beli, downpayment yang anda mampu bayar dan monthly fees yang anda wajib bayar dekat bank. Bukan tu sahaja ye! Sebelum beli kereta, kena survey jugak maintenance dan minyak yang diperlukan oleh kereta yang anda hendak beli. Selalunya, lagi mahal harga sesebuah kereta, bertambah mahal maintenance dan banyak lah minyak yang diperlukan oleh kereta tersebut. Sekarang ni kan harga minyak semakin hari semakin melambung naik. ƗƗuƗƗuƗƗu. Ha! Jangan lupa jugak insurans atau roadtax pun perlu diambil kira. Makin baru kereta yang anda beli, makin mahal harga insurans atau roadtax kereta tersebut.

Bila aku dah puas survey kereta yang aku mampu nak beli, akhirnya hati tertawan pada kereta ni.
Bila tanya pendapat semua ahli keluarga, akhirnya tak tercapai lah angan² aku nak beli toyota vios white ni. Memang sedih jugak lah. But, i'm okey now. Sebabnya, abang 1st dan abang 2nd aku cakap jangan habiskan duit semata² nak beli kereta. Beli kereta yang lebih murah lagi untung, sebab duit gaji yang lebih tu boleh buat menyimpan dekat dalam bank. Yelah, mana nak tahu kan kot² ada emergency case ke? Takpun, duit gaji yang lebih tu boleh disimpan untuk masa depan. Nak kahwin ke, nak beli rumah ke, nak sambung belajar ke dan macam² lah. Fikir punya fikir. Kalau ikutkan hati, aku dah tak kisah nak beli jugak toyota vios ni. Tapi nasib baiklah aku masih boleh berfikiran waras lagi. ƗƗiƗƗiƗƗi "̮  Kebetulan waktu tu, aku dan encek Suami pun dah merancang² untuk majlis pertunangan dan perkahwinan kami berdua. Akhirnya, cancel beli toyota vios idaman pojaan hatiku. Isk, isk, isk. 

Akhirnya, aku beli kereta ni. 

Kereta aku masih fresh baru keluar dari kedai. ƗƗiƗƗiƗƗi "̮  
my baby ♥ MYVI OSE (orange special edition)  

Sebab pilih warna orange ni, sebab utamanya bila dekat jalan ke, highway ke, kampung aku ke, rumah PIL ke, tempat kerja ke, mesti cepat orang dapat recognize itu kereta aku. Eh, eh. Bukan lah nak cakap kalau aku dekat jalan atau highway semua kenal aku. Tak, tak. Aku manusia biasa je. Tapi kadang² ade jugak kawan² aku yang terperasan itu aku. Bila tengok no plat kereta, memang confirm aku. ƗƗuƗƗuƗƗu "̮ Lagipun warna orange kan striking. Tu yang best tu. ƗƗiƗƗiƗƗi "̮   

Genap setahun dah guna baby myvi ose, dia dah jadi macam ni. 
Tapi tak terfikir lagi nak tukar kereta atau nak upgrade kereta. Sekadar cuci² mata boleh lah. Sebab kepentingan utama sekarang, hal ehwal rumahtangga dan encek Suami. oh, sangat BEST! ƗƗiƗƗiƗƗi "̮  Kepada anda yang baru² nak beli kereta, hope entry ni sedikit sebanyak dapat membantu anda semua. 

Ppphhheeewww! Kahwin jugak aku dengan jejaka pojaan hatiku. eh silap, aku yang menjadi wanita pojaan hati encek Suami. ƗƗiƗƗiƗƗi "̮  

2 comments:

Liza Razak said...

honda civic sangat best !! hehe

AdaNaz87 said...

betul²! jom menabung beli honda civic! =."