Assalamualaikum...
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.
Maka, perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (An-Nisaa’: 34)
Huraian :
Keluarga adalah institusi yang pertama di dalam kehidupan manusia dan merupakan destinasi awal yang mempengaruhi seluruh peringkat perjalanan hidup manusia yang dipertanggungjawabkan sebagai khalifah Allah SWT.
Allah SWT telah mencipta manusia lelaki dan perempuan sebagai suami isteri mengikut hukum alam untuk membangun alam ini. Suami dengan tugas hakikinya sebagai ketua keluarga, bertanggungjawab terhadap rumah tangga dalam memberi nafkah dan membiayai keperluan isteri dan anak-anak manakala isteri pula Allah SWT jadikan untuk mengandung, melahirkan, menyusui dan mendidik anak-anak sesuai dengan fitrah kejadian kaum hawa.
Oleh itu, adalah adil bagi Allah meletakkan tanggungjawab lelaki sebagai pemimpin dan pengawal yang memberi perlindungan kepada kaum wanita kerana kelebihan mereka dalam hal memberi nafkah kepada kaum wanita.

Kesimpulan :
Islam telah menetapkan tanggungjawab suami dan isteri mengikut fitrah kejadian masing-masing. Suami merupakan pemimpin dalam rumah tangga sedangkan isteri bertanggungjawab menjaga rumah tangganya termasuk wajib menjaga kehormatan dirinya serta mendidik anak-anak mengikut syariat Islam.

sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)