>

Wednesday, 8 June 2011

Mulianya Seorang Isteri. ♥

Assalamualaikum...
Mulianya seorang isteri di sisi Allah SWT...
Dan berapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini kepada keluarga, suami dan anak²...
Rugi dan binasalah suami² yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak...
Biarlah buruk mana pun isteri anda,
Sayangi lah dan terimalah mereka apa adanya...


Beruntungnya seorang wanita yang memiliki rahim dan rahim inilah dia bekerja dengan Tuhan...
Manakala dengan manusia dia menjadi sebuah 'kilang'...
Tiap² bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 hingga 15 hari sebulan dia tidak wajib untuk mengerjakan solat...
Tetapi, Allah SWT menganggap di waktu itu solat adalah terbaik darinya...
Cuti bersalin pula sehingga 60 hari...
Cuti ini bukan cuti sesuka hati...
Tetapi, cuti ini Allah SWT beri sebab dia bekerja dengan Allah...
Orang lelaki tiada cuti daripada bersolat...
Sembahyang adalah wajib baginya daripada akil baligh sehingga ke hujung nyawa...


Satu lagi berita gembira untuk semua wanita,
Sepanjang dia mengandung, Allah SWT akan mengampunkan dosa²nya...
Lahir sahaja bayi ke dunia seluruh dosanya tiada...
Inilah nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada wanita...
Jadi, kenapa perlu takut untuk mengandung dan melahirkan anak?


Marilah kita semua berpegang kepada tali Allah SWT..
Seandainya wanita itu mati sewaktu dia hendak melahirkan anak, itu dianggap mati syahid di mana Allah SWT mengizinkan wanita itu untuk terus masuk ke Syurga...
Manakala untuk orang kafir, dia tidak dapat masuk ke syurga tetapi Allah memberi kelonggaran seksa kubur kepadanya...
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya isteri akan mendapat pahala...
Tetapi, seluruh dosa² suaminya isteri takkan pula menanggungnya... 


Di akhirat kelak, seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang dimilikinya dan diterimanya hasil daripada kebaikan suaminya yang tidak disedarinya...
Contohnya, apabila dia redha akan suaminya untuk pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah dan lain...


Pabila dia melihat suaminya perlahan² berjalan di titian Sirat, dia tidak akan masuk Syurga tanpa suaminya...
Maka, dia memberi pahalanya kepada suaminya untuk lepas masuk ke Syurga...
Di dunia ini lagi, kalau suami dalam kesusahan, seorang isteri boleh membantu untuk menambah lagi di akhirat kelak...
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut sentiasa muncung terhadap suaminya, maka, dia takkan mendapat pahala extra ini...


Manakala, suami pula mempunyai tugas² berat di dalam dan juga di luar rumah...
Segala dosa
² anak² isteri yang tidak dididik, akan dia tangung ditambah lagi dengan dosa² yang lain...

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya memahami akan syariat Allah SWT agar tidak derhaka denganNya...


Seperti perumpamaan di bawah...
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki...
Dia bukan dicipta daripada kepala untuk dijadikan atasan...
Bukan pula dicipta daripada kaki untuk dijadikan alas semata²...
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki)...
Tapi, dekat dengan lengannya untuk selalu dijaga dan dilindungi...
Dan dekat di hatinya untuk selalu disayangi dan dicintai...
sumber dari http://www.wazy84.com/
diolah sedikit dari owner blog Scooterist AdaNaz

2 comments:

QiLna Da'eLuv said...

kita serupa! menjadi isteri org. . ;)

AdaNaz87 said...

QiLna Da'eLuv, best kan jadi isteri? ((;