Wednesday, 13 April 2011

Ujian Allah Kepada HambaNya.

Assalamualaikum...

Lewat beberapa bulan ni, aku diuji dengan Allah. Kadang² aku terasa, kenapa aku menjadi pilihan Allah? Kenapa bukan orang lain? Kenapa Allah kejam sangat terhadap aku? Tak, tak, tak. Allah tak kejam. Itu mungkin salah satu tanda Allah sentiasa sayangkan aku. Allah nak uji aku sejauh mana kesabaran aku dalam menghadapi ujian yang diberikan Nya. Mungkin jugak, sebelum ni, ade ketika yang aku jarang mengingati Allah Yang Maha Berkuasa. Allah nak aku, supaya kembali mengingati dan mentaati Nya. InsyaAllah...
Apapun, aku redha dengan ujian Mu ya Allah.

terima kasih keluarga dan encek Tunang kerana sentiasa di sisi. ♥ 

No comments: