Saturday 3 June 2017

Doa Seorang Isteri. ♥

Assalamualaikum...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

Kau ampunilah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental & fizikal,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista & keji,
Kau kuatkanlah semangatku untk mnempuhi segala cabaranMu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan...

Sekiranya suamiku ini adalah pilihanmu di Arash,
berikanlah aku kekuatan & keyakinan untuk terus bersamanya.
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbingku di atas titianMu,
kurniakanlh aku sifat kasih & redha di atas segala perbuatannya...
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Al-JannahMu,
limpahkanlah aku dengan sifat tunduk tawaduk akan segala perintahnya...
Sekiranyya suamiku ini adalah yang terbaik untukku,
Peliharalh tingkah laku serta kata-kata ku dari menyakiti perasaannya...
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah & ragamnya...

Tetapi Ya Allah..

Sekiranya suami ku ini ditakdirkn bukan hanya untik diriku seorang,
Kau tunjukanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi...
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindhn duniamu,
Limpahkanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya...
Sekiranya suamiku mencintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar daripada terus terlena...

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Mengetahui akan apa yang terbaik untukku...
Engkau juga Yang Maha Mengampuni segala kesilapan & keterlanjuranku...
Sekiranya aku tersilap dalam membuat sebarang keputusan,
bimbinglah aku ke jalan yang engkau redhai...
Sekiranya aku lalai dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai isteri,
Engkau hukumlah aku di dunia,

tetapi bukan di akhiratMu...
Sekiranya aku engkar & derhaka,
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu...

Ya Allah...

Sesungguhnya...
Aku lemah tanpa petunjukMu...
Aku buta tanpa bimbinganMu...
Aku cacat tanpa hidayahMu...
Aku hina tanpa rahmatMu...

Kuatkanlah hati & semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan dari Mu...
Jadikanlah aku isteri yang disenangi oleh suamiku...
Bukakanlah pintu hatiku untuk menghayati agamaMu...
Bimbinglah aku agar menjadi isteri yang solehah...
Hanya padaMu, Ya Allah ku pohon segala harapan...
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu...
Kerana aku sedar betapa hinanya diriku...
Kerana aku seorang insan yang kerap keliru...
Kerana aku leka dengan keindahn duniaMu...
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranmu...
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa di hati suami...

Amin amin Ya Robbal Alamin... 

sumber : Dunia Macam-Macam.